5 Tips Hot Mencari Niche Bisnes Untuk Startup
Zaman sekarang ni, ramai yang mula nak buat bisnes sendiri demi nak tampung keluarga atau diri sendiri. Ada yang buat bisnes sebagai side income, ada yang buat bisnes sepenuh masa, ada juga yang suri rumah buat bisnes untuk tolong suami.
Cuma persoalannya, macam mana nak mula bisnes, lagi-lagi pada mereka yang masih nak cari niche apa sesuai untuk bisnes masing-masing. Dalam tulisan kali ni, saya nak kongsikan antara 5 tips hot dalam mencari niche bisnes untuk startup. Niche ini ada permintaan yang tinggi dan sentiasa laris.
Dah sedia nak baca? Jom kita layan.
Niche #1 : Buat bisnes online.
Zaman sekarang adalah zaman internet dan online. Hampir semua perkara nak di-online-kan. Jadi, nak tak nak, buat bisnes online adalah perkara pertama yang patut anda fikirkan. Kemudian nak jual apa, dan platform mana tu, saya akan kongsikan lain kali.
Tak boleh ke kalau fokus jual offline je, macam jual goreng pisang di tepi jalan?
Hmm.. Boleh tu memang boleh, tapi kan bagus kalau anda boleh upgrade atau tambah baik goreng pisang anda dengan menjualnya secara online juga?
Kalau kena pada caranya, bisnes anda boleh pergi jauh menerusi niche ini. Namun, jika tersilap langkah, takut ‘terciduk’ di tengah jalan.
Niche #2 : Fitness dan weight loss.
Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tak ada cara yang lebih baik untuk menjadikan seseorang cantik dan hilang berat badan melainkan dengan bersenam. Tahukah anda, niche ini bernilai berbillion dollar setahun tau. Rugi kalau anda tak turut serta untuk memeriahkannya.
Niche ini amat mudah untuk ditembusi sebenarnya. Anda boleh buat sama ada nak jual produk ataupun servis. Contoh produk seperti kelengkapan bersukan seperti tali skipping, basikal, dan seumpamanya. Atau juga boleh buat servis contohnya seperti coaching diet, coaching menyediakan makanan eat clean, dan seumpamanya. Anda hanya perlu ada sesuatu atau maklumat yang diperlukan oleh orang ramai. Kemudian jual secara online.
Niche #3 : Makanan Dan/Atau Minuman
Semua orang suka dan pasti akan makan atau minum. Tak ada siapa yang tak suka makan atau minum. Cuma persoalannya, nak makan dan minum apa? Ini antara persoalan yang kita pun kadang-kadang tertanya bila perut dah lapar.
Jadi, anda kena pandu pemikiran orang ramai untuk makan dan minum produk milik anda. Anda boleh fikir dan pilih jenis makanan dan minuman macam mana yang anda nak jual. Yang sihat, ringan, cepat, manis, atau sebagainya. Tetapi yang pasti, niche makanan dan minuman ini sentiasa evergreen sampai bila-bila.
Niche #4 : Barangan Elektronik
Semenjak dunia dilanda wabak COVID19, ramai orang mula terjebak dalam dunia internet atau online. Bila terlibat dengan dunia online dan internet, sudah pasti tak dapat lari daripada sebarang produk elektronik, khususnya gajet.
Anda boleh mulakan dengan menjual pelbagai gajet keperluan remaja seperti kabel pengecas, casing telefon, power bank, earphone, gaming tools sehinggalah gajet keperluan umum seperti smartphone, dan sebagainya. Selain gajet, boleh juga cuba produk elektronik seperti lighting, holder, kamera, dron, dan sebagainya. Itu tak termasuk produk yang lebih kompleks seperti TV, air fryer, wireless vacuum, dan sebagainya. Banyak sangat pilihan. Cuma anda kena kaji dan fokus, siapa market yang anda nak sasarkan.
Niche #5 : Hobi
Dan yang terakhir adalah niche hobi. Niche ini sangat mahal sebenarnya. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.
Hobi ini termasuk memasak, memancing, bercucuk tanam, bersukan, sukan bermotor, dan sebagainya. Pilih satu atau dua jenis hobi, dan mula buat kajian pasaran berkaitan hobi yang anda pilih. Kenalpasti permintaan dalam pasaran, produk atau servis apa yang sesuai, di mana nak cari pembekal produk, dan seterusnya mulakan jualan.
Jadi, ini antara 5 jenis tips penting dalam mencari niche bisnes untuk startup. Moga ia dapat membantu anda dalam mencari niche yang sesuai.
Anda dapat sesuatu daripada tulisan ini?