3 Tips Untuk Anda Mulakan Bisnes Online

Zaman sekarang ini kita tak boleh berpada dengan satu pekerjaan yang kita buat je. Suka atau tak, kena buat sesuatu untuk tambah pendapatan. Tak kurang juga ada yang dibuang kerja, lalu tak tahu macam mana nak mulakan cari pendapatan baru.

Antara cara nak tambah atau jana pendapatan yang konsisten adalah dengan berbisnes, terutama sekali Bisnes Online.

Tapi macam mana nak mula? Kali ini kami nak kongsi tips kepada anda bagaimana anda boleh memulakan bisnes.

Mulakan sekarang – Now or Never!

Mulakan sekarang. Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan sekarang. Tak perlu tunggu ada kelengkapan yang cukup, modal yang besar, rakan bisnes yang berkualiti, dan seumpamanya.

Lihat permasalahan apa yang ada di sekeliling, kemudian gunakan permasalahan sebaiknya dan sepenuhnya dengan memberikan solusi. Semua ini penting untuk memastikan kita kenal siapa diri sendiri, kita tahu kekuatan dan kelemahan diri serta tahu segala aset yang ada kemudian mampu berikan solusi apa yang kita ada kepada ramai lagi orang lain.

Sebagai contoh, jika anda ada kelebihan dalam public speaking, gunakannya sebagai ‘modal’ awal. Atau jika ada kelebihan menulis, gunakannya juga sebagai modal. Guna modal ini untuk bina konten secara konsisten. Daripada konten ini, akan terbentuknya tribe atau raving fans. Apabila tribe atau raving fans terbentuk, dari situ anda boleh jual apa saja yang anda mahukan.

Tapi semua ini tak berlaku sekiranya anda tak mulakan dari sekarang.

Nak mula di mana?

Nak mula di mana? Mulakan dengan apa-apa platform media sosial yang anda ada seperti WhatsApp, Instagram, TikTok, Facebook dan sebagainya. Tapi sebelum bangunkan tribe atau raving fans di mana-mana platform media sosial, anda haruslah buat kajian ringkas berkaitan dengan platform yang anda mahu ceburi. Kerana semua teknik dan kaedah penyampaian konten di setiap media sosial agak berbeza.

Contohnya bagi dua platform berbeza iaitu Instagram dan TikTok.

Di Instagram mungkin sesuai untuk post gambar, video pendek (kurang 1 minit) atau video panjang (IGTV). Namun berlainan pula di TikTok, videonya hanya kurang 3 minit sahaja. Dan semata-mata video bermuzik.

Cuma Instagram kini mula “meniru” dan berinovasi dengan apa yang dilakukan TikTok seperti dengan mewujudkan Reels pada feature terbarunya.

Apa pun, anda perlulah study secara ringkas kedua-dua platform ini. Cara nak study, antaranya scroll konten yang dibuat oleh influencer yang ada dalam Instagram dan juga di TikTok.

Cari Ilmu

Cari ilmu. Tanpa ilmu, anda mungkin akan kerap melanggar dinding ketika melakukan bisnes online. Walaupun ada masa dinding adalah guru yang baik jika kita terlanggar, tapi jika kerap langgar sakit juga.

Sebab tu, sebelum terlanggar, tuntutlah sebanyak mungkin ilmu dahulu. Nak tuntut di mana? Sekarang ni ada banyak medium yang anda boleh cari. Nak free atau berbayar pun ada. Cuma hanya tinggal diri kita sahaja yang mahu cari di mana sesuai dengan cara kita belajar.

Ilmu apa nak cari? Anda boleh cari ilmu berkaitan Marketing Online, Sales, Customer Services, Human Resources, Finance, Content Creator, Teknik Buat Video dan sebagainya secara online dan free. Contohnya di Youtube atau Udemy.

Kalau nak secara offline atau face to face pun boleh, antaranya sertai seminar, kelas ataupun jumpa dengan otai-otai lama dalam bisnes.

Tujuan cari ilmu ini supaya anda tahu apa yang anda buat. Bukan semberono semata-mata. Okay?

Dapat sesuatu?

Moga anda dapat sesuatu perkongsian kali ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *