Servis pemasaran untuk bisnes anda.
Iklan digital, kreatif dan konsultasi untuk membantu anda menarik prospek yang sesuai.
Bincang Keperluan Anda


SERVIS KAMI
Daripada strategi hingga pelaksanaan.
Pilih sokongan yang bisnes anda perlukan. Kami bantu anda merancang kempen dan menghasilkan bahan iklan.

Paid Advertising
Kami bantu merancang dan mengurus iklan digital supaya mesej bisnes anda sampai kepada prospek yang sesuai.
Apa yang kami bantu:
Perancangan kempen dan sasaran audiens
Penyediaan dan pengurusan iklan digital
Pemantauan prestasi dan ujian iklan
Semakan data untuk penambahbaikan kempen
Creative Production
Dari idea dan skrip hingga penggambaran dan suntingan, kami hasilkan kreatif untuk menyampaikan mesej produk anda.
Apa yang kami bantu:
Idea, konsep dan skrip kreatif iklan
Penggambaran kandungan dan podcast
Suntingan video untuk kempen digital
Rekaan visual dan variasi kreatif iklan


Consultation
Ada iklan yang kurang menjadi atau perlukan pandangan sebelum memulakan kempen? Bincangkan strategi dan kreatif bersama kami.
Apa yang boleh dibincangkan:
Semakan pendekatan media buying
Maklum balas terhadap kreatif iklan
Perancangan strategi kempen pemasaran
Langkah penambahbaikan mengikut keperluan bisnes
CARA KAMI MEMBANTU
Kempen yang jelas bermula dengan perancangan.
Kami melihat keperluan bisnes anda sebelum menentukan pendekatan kreatif dan iklan.
01
Fahami bisnes anda
Produk, pelanggan dan matlamat kempen menjadi asas kepada perancangan.
02
Satukan kreatif dan iklan
Mesej dan bahan kreatif perlu menyokong sasaran kempen yang sama.
03
Semak dan perbaiki
Data kempen dan maklum balas membantu mengenal pasti perkara yang boleh ditambah baik.
SOALAN LAZIM
Sebelum kita mula berbincang.
Beberapa perkara yang boleh membantu anda memilih servis yang sesuai.
Servis mana yang sesuai untuk bisnes saya?
Jika anda perlukan pengurusan kempen, pilih Paid Advertising. Untuk video dan visual iklan, pilih Creative Production. Jika anda perlukan pandangan tentang strategi atau kreatif, mulakan dengan Consultation.
Boleh saya ambil kreatif sahaja?
Anda boleh bincangkan keperluan Creative Production secara berasingan, termasuk penggambaran, suntingan video atau rekaan visual untuk kempen anda.
Apa yang perlu saya sediakan?
Kongsikan maklumat produk, sasaran pelanggan, matlamat kempen dan bahan iklan yang sudah ada. Untuk semakan kempen, sertakan ringkasan prestasi yang berkaitan.
Bagaimana saya boleh bincangkan bajet?
Hubungi kami dan kongsikan servis yang diperlukan serta anggaran bajet anda. Skop kempen, jumlah kreatif dan keperluan penggambaran membantu menentukan cadangan yang sesuai.
Macam mana nak mula?
Klik butang WhatsApp pada servis yang anda perlukan, atau gunakan halaman Contact untuk berkongsi keperluan bisnes anda.
