
INTERNSHIP DI REKA DIGITAL
Belajar kerja sebenar.
Bina keyakinan untuk kerjaya anda.
Bawa apa yang anda belajar ke dalam projek kreatif, iklan digital, data dan operasi. Mulakan pengalaman kerja bersama pasukan Reka Digital di Kota Warisan, Sepang.
Pilih Jawatan & MohonPilih bidang yang sesuai dengan pengajian dan tempoh latihan industri anda.
Anda dah belajar teorinya.
Sekarang, bagaimana teori itu digunakan?
Sebelum tamat pengajian, anda mahu faham cara kerja dalam pasukan, berani bertanya dan tahu bagaimana tugasan anda menyumbang kepada sesuatu projek.
01
Faham cara kerja
Bagaimana satu idea dirancang, dilaksanakan dan diperbaiki selepas menerima maklum balas?
02
Tahu apa yang perlu diasah
Kemahiran mana yang sudah kuat, dan bahagian mana yang masih perlu anda latih?
03
Lebih yakin melangkah
Apabila ditanya tentang pengalaman anda, ada kerja dan proses yang boleh anda ceritakan.

Kenali Syarikat Kami
Reka Digital Sdn. Bhd. ialah syarikat kreatif dan digital di Malaysia yang membantu bisnes MSME melalui iklan digital, penghasilan kreatif dan strategi kempen.
Misi kami
Membantu syarikat di Malaysia menjana RM4 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk iklan digital.
Kepercayaan kami
Kami percaya masa depan pengiklanan bergantung pada kreatif iklan. Idea, mesej dan data perlu bekerja bersama.
Sebagai intern, anda menyertai pasukan yang menghubungkan kerja kreatif dengan keperluan bisnes. Skop tugasan mengikuti jawatan yang anda pilih.
Terokai Bidang InternshipApa yang anda boleh dapat sepanjang internship?
Pengalaman yang membantu anda memahami kerja, mengasah kemahiran dan mengenali cara anda mahu berkembang.
Terlibat dalam projek
Lihat hubungan antara tugasan anda, matlamat kempen dan keperluan pelanggan SME.
Belajar bersama pasukan
Dapatkan panduan, bertanya dan gunakan maklum balas untuk memperbaiki kerja.
Asah kemahiran mengikut bidang
Terokai kreatif, kandungan, iklan, data atau operasi melalui jawatan pilihan anda.
Bina langkah kerjaya
Peluang menjadi pekerja tetap bergantung pada prestasi dan kekosongan jawatan.
Nilai yang kami bawa dalam cara bekerja
Inovasi
Terbuka mencuba idea dan pendekatan baharu. Fahami sebab di sebalik sesuatu keputusan.
Kerjasama
Kongsi maklumat, dengar pandangan orang lain dan bantu pasukan bergerak bersama.
Pertumbuhan
Bersedia menerima maklum balas dan belajar daripada proses yang dilalui.
Apa Kata Ex-Intern Kami

“I was welcomed into a supportive environment where learning and growth are encouraged.”
Amir Salleh
Bekas intern
Bekas intern

“Terima kasih yang tak terhingga atas pengalaman dan tunjuk ajar. Team yang sangat friendly, culture tempat kerja yang positive, and plus belajar banyak ilmu creative design yang up to date. Terbaik👍🏻. Thank you team Reka! 😊👍🏼”
Putri Izzatie Hazlam
Bekas intern
Bekas intern
Daripada pilih jawatan hingga penempatan
Semak pilihan anda dan sediakan maklumat permohonan. Berikut ialah aliran permohonan yang boleh anda jangkakan.
01
Pilih jawatan
Semak skop dan syarat, kemudian isi borang pada halaman jawatan serta muat naik CV.
02
Saringan permohonan
Maklumat pengajian, kesesuaian bidang dan tempoh latihan industri disemak.
03
Temu duga
Calon yang disenarai pendek dihubungi untuk berbincang tentang minat dan kesesuaian jawatan.
04
Penempatan
Selepas tawaran dipersetujui, sahkan tarikh mula, tempoh latihan dan pasukan penempatan.
Datang dengan rasa ingin tahu.
Anda tidak perlu tahu semuanya sebelum bermula. Bawa kesediaan untuk belajar, bertanya apabila kurang jelas, menerima maklum balas dan menyiapkan tanggungjawab yang diberikan.
Semak syarat setiap jawatan supaya bidang dan tempoh latihan industri anda sepadan dengan keperluannya.
Pilih bidang anda.
Mulakan permohonan hari ini.
Buka halaman jawatan untuk membaca skop penuh dan isi borang permohonan. Sediakan CV serta maklumat pengajian dan tempoh latihan industri anda.
Lihat Semua Internship
Jawatan yang dibuka dan syarat permohonan mengikuti senarai semasa di halaman Job Openings.
Termpat TERHAD untuk setiap tahun.
Termpat TERHAD untuk setiap tahun.