9 Tips Copywriting NGO Efektif Kempen Boleh Rugi Besar Kalau Tak Tahu

Ingin menghasilkan copywriting yang berkesan untuk kempen yang dijalankan NGO anda? Nak berjaya pujuk audience supaya tak ragu-ragu untuk menderma atau menyokong kempen hanya dengan ayat yang digunakan? Entri kali ini mendedahkan rahsianya. 

#1 Kenali audience anda

Sebelum memulakan projek copywriting, jangan lupa untuk kaji terlebih dahulu siapakah audience yang kita cuba tarik. Untuk NGO, ada beberapa jenis audience yang boleh dipertimbangkan: 

  • Cold audience: Mereka yang tak pernah tahu tentang NGO kita dan juga kempen yang dijalankan. 
  • Warm audience: Mereka yang dah kenal kita, mungkin dalam kalangan pengikut media sosial, namun tidak pernah lagi menghulurkan sumbangan atau menyokong kempen yang dijalankan. 
  • Hot audience: Orang yang dah kenal dan pernah memberikan sumbangan.

Dah tahu siapakah audience yang disasarkan? Hasilkan copywriting dengan isi kandungan yang sesuai berdasarkan jenis audience ini. 

#2 Gunakan headline yang memukau

Headline adalah bahagian yang pertama sekali dibaca oleh audience. Inilah hook yang kita gunakan untuk memancing audience supaya terus ‘terbaca’ iklan yang dikongsi.

Tak pasti skill apa nak guna masa tulis headline? Apa kata kalau anda buka mana-mana blog, akhbar online atau forum dan baca tajuk-tajuk yang digunakan. Cuba fikir kenapa terasa ringan sahaja tangan untuk klik lepas baca tajuk artikel tu? Ini membuktikan headline yang digunakan berkesan untuk menarik audience. Dalam artikel Tips Headline NGO ini, kami kongsikan teknik dan strategi penulisan headline yang boleh diaplikasikan dalam copywriting NGO.

#3 Guna teknik penceritaan

Curi hati audience melalui kisah atau cerita. Melalui penceritaan, kita boleh menyampaikan idea, berkongsi perasaan, masalah dan pengalaman yang dilalui seseorang. Gunakan satu karakter, dalam konteks NGO, karakter tersebut ialah seseorang yang ingin dibantu melalui kempen yang dijalankan. Cerita merupakan salah satu cara untuk meningkatkan rasa empati sesiapa yang membaca. 

Apabila kesusahan atau konflik yang dihadapi orang lain berjaya menyentuh hati audience, lebih mudah kita dapat menarik mereka untuk membantu. 

#4 Gunakan emosi 

Curi hati mereka. Copywriting sebenarnya tidak boleh lari daripada konsep yang diketengahkan dalam marketing iaitu untuk menguasai emosi orang ramai supaya ‘tergoda’ untuk mengambil sesuatu tindakan sama ada membeli, menyertai, menyokong atau sebagainya. Emosi ialah sesuatu yang sangat berkuasa kerana ia mampu menginspirasikan tindakan. 

#5 Gunakan perkataan yang tepat

Jangan gunakan perkataan lebih daripada yang diperlukan. Kajian menunjukkan, kita hanya ada 5 ke 8 saat sahaja untuk menarik perhatian audience sebelum diabaikan. Edit copywriting anda supaya jadi seringkas dan sepadat yang boleh. 

Kalau anda seorang yang suka menulis, memang seronok bila dapat peluang untuk ‘bermain’ dengan perkataan bagi menghasilkan iklan. Tapi ingat, skill untuk menulis copywriting ini tidak sama dengan penulisan biasa atau content. 

Untuk NGO, copywriting biasanya dihasilkan dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan atau sumbangan daripada orang ramai. Kita menulis untuk menggerakkan hati audience supaya klik pada butang DONATE NOW misalnya.

#6 Jadikan audience sebagai hero dalam copywriting

Sebagai manusia biasa, kita suka dianggap penting atau dipuji bukan? Gunakan teknik ini untuk memukau audience. 

Sebagai contoh, jangan tulis, “organisasi kami berusaha untuk membantu orang asli mendapat bekalan air yang bersih,” tapi gunakan ayat seperti, “sumbangan anda dapat bantu mempercepat pembinaan saluran air bersih kepada masyarakat orang asli ini.”

#7 Cuba jadi lebih spesifik

Bak kata orang putih, “Think small.” Profesor psikologi dari Arizona State University, Dr. Robert Cialdini berkongsi hasil kajian tentang proses sumbangan untuk American Cancer Society di dalam buku beliau, Influence. Beliau mendapati bahawa penambahan parameter minimum dalam sesuatu permintaan dapat memberikan hasil yang sangat besar. 

Sebagai contoh, audience mungkin terasa seperti tak mampu untuk “bantu akhiri kelaparan di Aleppo,” tetapi mereka lebih mampu atau lebih teruja untuk membantu apabila terbaca ayat ini, “sumbangan serendah RM50 dapat membantu Ahmad makan hidangan panas setiap hari.”

#8 CTA yang jelas

Tulis mesej CTA anda seringkas dan sepadat yang boleh. Gunakan perkataan-perkataan seperti SUPPORT atau BANTU. Fokus pada satu matlamat untuk setiap iklan. Pastikan juga butang DONATE NOW misalnya, mudah untuk dilihat. 

#9 Uji keberkesanan copywriting yang dibuat

Bayangkanlah, hanya dengan menukarkan satu atau dua perkataan sahaja boleh membawa perubahan yang besar kepada hasil sesebuah kempen. Lakukan ujian yang dinamakan split testing untuk menguji beberapa variasi copywriting yang dihasilkan. 

Sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang boleh memberi kesan kepada hasil split testing. Perkara ini akan dikupaskan dalam entri akan datang. 

Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *