Tajuk yang menarik dapat memukau audience untuk membaca copywriting yang dihasilkan. Dalam zaman yang sarat dengan informasi dan hiburan ini, sememangnya satu cabaran besar untuk menarik perhatian orang ramai.

8 Headline Ini Terlampau Power Untuk Kempen

Bahagian yang paling kritikal atau penting untuk dihasilkan sebaik yang boleh ialah tajuk ataupun headlinenya. Copywriter terkenal, David Ogilvy pernah berkata:

“Apabila menulis tajuk, anda telah pun membelanjakan 80 sen daripada satu dolar.”

David Ogilvy

Kata-kata ini menunjukkan betapa mahal dan pentingnya headline dalam sesebuah copywriting. Dalam artikel kali ini, admin kongsikan antara teknik penulisan headline yang berkesan untuk digunakan dalam copywriting NGO.

#1 Kata-kata beremosi

Teknik ini sangat penting untuk apa sahaja kempen yang dijalankan. Bila kita dapat menguasai emosi audience, sangat mudah untuk mengajak mereka menyokong kempen. Untuk kempen kutipan derma misalnya, gunakan emosi seperti rasa sedih, takut ataupun harapan. Antara contoh headline yang boleh digunakan:

  • “Tanpa pengangkutan sendiri, hampir setiap hari anak-anak ini berjalan berbatu jauhnya untuk ke masjid…”
  • “Ibu ini terpaksa minta beras daripada jiran untuk bagi anak-anak makan.”

#2 Dialog

Gunakan kata-kata penuh emosi yang terdapat dalam bahan seperti poster atau video. Untuk video atau temubual, petik kata-kata orang yang ingin dibantu melalui kempen. Sekiranya panjang, anda boleh ringkaskan, dan pastikan emosi sampai ke dalam jiwa pembaca.

Sebagai contoh, untuk kempen kutipan dana bagi memberikan kelas Quran percuma kepada mualaf, boleh guna ayat seperti ini:

“Sedih tak dapat baca Quran macam orang lain, apatah lagi nak khatamkan…”

Untuk dana berkaitan anak-anak yang kelaparan boleh tulis:

“Mak, dah lama tak dapat makan nasi. Adik lapar…”

#3 Straight to the point

Tiada kona-kona, terus beritahu audience apa sebenarnya tujuan mesej ditulis. Boleh masukkan elemen urgency atau segera untuk membuatkan mereka lebih ‘terjentik’ untuk ambil tindakan. Contohnya:

  • “Pelarian Syria perlukan bantuan makanan segera sebelum musim sejuk tiba.”
  • “RM 500K diperlukan sebelum Disember ini, atau mereka akan tidur dalam kesejukan.”

#4 Masukkan data atau info

Mungkin ada dalam kalangan audience yang lebih ‘ringan’ untuk menderma atau menyokong kempen bila copywriting disertakan dengan fakta. 

Sebagai contoh, untuk kutipan derma Yaman, “Setiap 10 minit seorang kanak-kanak mati di Yaman akibat kebuluran.”

#5 Sebutkan manfaat sumbangan

Secara psikologinya, manusia suka bila dapat melihat dengan jelas impak daripada sesuatu tindakan. Contoh headline yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • “Sumbangan anda dapat meringankan beban ibu tunggal ini. “
  • “Hanya dengan RM50, anak yatim piatu ini dapat menikmati hidangan panas setiap hari selama sebulan.”

#6 Elemen surprise atau curiosity

Selain emosi sedih yang banyak digunakan dalam kempen kutipan dana, anda juga boleh menggunakan teknik curiosity (ingin tahu) atau surprise (mengejutkan) dalam penulisan headline.

“Tak sangka sampai begini sekali situasi mereka!”

“Mengejutkan! Rupa-rupanya keluarga ini terpaksa…”

Kenapa teknik ini berkesan? Kajian menunjukkan bahawa ‘sesuatu yang tak disangka’ boleh mengaktifkan bahagian ‘nikmat’ atau pleasure di dalam otak seseorang.

#7 Sentap atau buat pembaca terfikir sejenak

Ini salah satu teknik yang perlu digunakan dengan berhati-hati. Jangan terlalu menyakitkan hati pula, ayat yang dihasilkan lebih menjurus kepada peringatan atau pesanan. Boleh gunakan ayat seperti ini:

  • “Harta tidak akan berguna untuk akhirat, jika kita tidak pernah mengeluarkan harta untuk bersedekah.”
  • “Jangan ditanya kenapa si polan itu Allah murahkan rezeki? Bahkan kita pula Allah sempitkan rezeki?”

#8 Quran/Hadith 

Petik mana-mana ayat Quran atau hadith. Hati-hati! Pastikan ayat yang digunakan itu benar-benar ada dan sahih.

Sesetengahnya mungkin kita selalu dengar, tapi rupanya tidak sahih. Contoh ayat yang menarik untuk digunakan:

  • “…Alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit waktu lagi, supaya aku dapat bersedekah.” – Surah al Munafiqun : 10
  • “Sesiapa yang membina masjid tidak kira kecil atau besar, Allah akan membina untuknya masjid di syurga.” – HR al-Tarmidhi

Tips: Hasilkan beberapa versi headline yang anda rasa menarik untuk dibaca seperti yang dinyatakan dalam tips di atas. Kemudian, pilih mana yang terbaik. 

Diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *