Kami Bagi 7 Sebab Kenapa Anda Mesti Buat SMS Marketing Hari Ini

Hari itu, saya ada berbual dengan seorang kawan lama. Dia kongsikan pandangan,

“Aku rasa sekarang ni marketing guna SMS macam tak perlu nak buat lagi. Sebab hari ni ramai orang guna wasap, telegram, instagram, tiktok dan segala platform media sosial. Kau rasa macam mana?”

Bila dia tanya sebegini, saya terfikir sejenak. Kemudian saya balas,

“Kalau SMS marketing dah tak perlu nak buat lagi, kenapa syarikat besar contohnya seperti Celcom, Maxis, Telekom, bank-bank di Malaysia hatta kerajaan sendiri pun guna khidmat SMS marketing untuk buat promosi, jalankan survey, khidmat nasihat, dan sebagainya?”

Dia terdiam seketika. Kami sama-sama berfikir sejenak.

Ada 7 Sebab Kenapa SMS Marketing Mesti Ada Dalam Strategi Pemasaran Setiap Pemilik Bisnes

Setelah membuat kajian, bacaan, dan siri perbincangan, kami dapati sebenarnya SMS Marketing ini amat penting dan mesti dijalankan khususnya dalam strategi pemasaran oleh sesebuah syarikat bisnes. 

Kalau badan NGO atau pihak masjid/surau nak dapatkan dana untuk institusi masing-masing pun, tak boleh lepaskan peluang untuk buat SMS Marketing.

Kenapa?

Di sini kami kongsikan 7 sebab kenapa anda mesti buat SMS Marketing bermula hari ini

#1 – SMS mempunyai best engagement rate berbanding platform lain

Kebiasaannya, apabila emel dihantar sebagai contoh, penerimanya tak terus segera membuka emel tersebut. Ataupun kalau kita dapat panggilan telefon, jika nombor yang diterima itu tak dikenali, biasanya kita tak angkat. Apatah lagi kalau pakai apps seperti True Caller yang boleh kenalpasti  siapa call tu. Namun berbeza dengan SMS, apabila mesej dihantar, penerima dah boleh baca isi SMS tu sebelum dibuka lagi. Mesej tersebut telah sampai kepada prospek meskipun belum dibuka lagi (read).

#2 – SMS boleh melengkapkan strategi marketing online

SMS marketing boleh membawa trafik/penerima terus ke website atau profil media sosial kita. Dengan ini, kita boleh menggunakan tambahan strategi digital untuk meningkatkan lagi jualan bisnes kita setiap kali kita menghantar SMS.

#3 – Boleh melihat laporan SMS yang dah dihantar

Dengan menggunakan perkhidmatan servis SMS seperti LejenSMS, kita boleh lihat sendiri semua SMS yang dihantar. Status SMS tersebut samada berjaya atau gagal semua boleh dilihat dengan mudah. Maka, lagi mudah untuk kita dapatkan data yang tepat untuk setiap kempen pemasaran yang dijalankan.

#4 – SMS tak perlukan sambungan internet 

Ini antara kelebihan utama jika menggunakan SMS. Kadang-kadang, orang tak ada data/line untuk terima sebarang emel atau WhatsApp. Dan apabila mereka tiba di zon Wi-Fi, mereka mungkin akan terima banyak mesej. Kebiasaannya, ramai orang tak akan terus membuka dan baca email/whatsapp serta merta. Kemungkinan besar mereka mesti tak sempat nak baca mesej daripada kita. 

Tetapi apabila menggunakan marketing SMS, kita boleh memastikan bahawa orang akan menerima mesej yang dihantar, meskipun mereka telah kehabisan data atau berada di tempat yang tak ada line internet. Dan lebih menarik, jika mereka tak ada akses internet, mereka mungkin lebih berminat untuk membaca mesej SMS kita.

#5 – Penghantaran SMS segera

Semua SMS yang dihantar akan sampai kepada nombor telefon prospek dengan kadar segera. Lepas sahaja tekan butang Send, semua SMS akan masuk ke inbox prospek. Jangan terkejut kalau dalam masa 5-10 minit lagi dah ada orang yang buat bayaran!

#6 – Ada Personal Touch yang tersendiri

Apabila menggunakan SMS, kita boleh mengarang SMS yang ada nilai personal touch. Lebih senang kata yang dekat dengan hati prospek. Contohnya seperti, “Min ada special offer untuk awak tau. Khas untuk prospek setia min. Klik link di bawah ye untuk awak claim special offer ni.” Dalam SMS ni, kata ganti diri “Min (atau sebenarnya Admin) dan awak tu ada personal touch. Sangat sesuai kalau prospek kita memang daripada kalangan wanita!

#7 – Boleh kesan result dengan cepat

Sebaik saja SMS dihantar kepada prospek, kita boleh tahu hasil keputusannya, terutama jika menggunakan strategi kod diskaun. Jika menawarkan kod diskaun, kita boleh melihat hasil sebenar apabila orang masuk ke kedai, seterusnya menggunakan aplikasi atau membuat urus niaga dalam talian dengan menggunakan kod khusus itu. Ini dapat membantu kita membuat analisis adakah kempen SMS berjaya, atau kita boleh merancang strategi untuk tingkatkan sales pada masa akan datang.

Inilah antara 7 sebab kenapa anda kena buat SMS marketing. Eh, anda baca sampai habis? Tahniah, kami ada BONUS satu lagi sebab kenapa anda kena buat SMS marketing ;

Bonus Tips : Kos SMS Marketing yang berpatutan

Satu lagi sebab kenapa kita kena perlu pemasaran gunakan SMS ini kerana kempen pemasaran SMS dan penghantaran mesej SMS secara pukal lebih murah berbanding kempen lain berdasarkan trend pemasaran digital.

Sebagai permulaan, kita tidak perlu membuat kempen percubaan baru untuk menggunakan medium yang belum terbukti berkesan. Tetapi, kita boleh menyesuaikan dan memperbaiki strategi sedia ada. Tak perlu lagi untuk mengambil staff baru untuk meneroka strategi pemasaran digital yang lain. Kita sudah memahami pemasaran SMS dan telah membuktikan marketing SMS masih releven digunakan pada zaman ini.

Anda dapat sesuatu dalam tulisan kali ini? Oh ya, sebelum terlupa, kami ada menawarkan  kepada anda servis SMS Marketing dengan menggunakan aplikasi LejenSMS. Berminat nak tahu lebih lanjut? Hubungi team REKA.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *