6 Elemen Ini Beri Kesan Besar Kepada Hasil Split Test Facebook

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk membuat iklan dalam Facebook, pasti tertanya-tanya betul ke menjadi kempen yang aku post ni? 

Untuk memudahkan anda mengenal pasti keberkesanan post yang dibuat, Facebook telah memperkenalkan satu tool yang dinamakan “Split Tests.”

Split test ataupun A/B testing ini membolehkan sesebuah kempen diuji terlebih dahulu. Dengan tool ini, pelbagai elemen dalam iklan boleh diuji secara serentak. Dalam artikel ini, kami kongsikan antara elemen penting yang boleh diuji. 

#1 Headline/Tajuk

Ini merupakan bahagian pertama yang dilihat oleh audience. Jadi anda perlu pandai untuk tarik perhatian mereka sepantas yang mungkin. 

Untuk perniagaan, kenal pasti apakah tawaran yang paling menarik boleh dibuat. Anda juga boleh menggunakan pelbagai lagi teknik headline bisnes seperti yang dikongsikan dalam artikel ini: 8 Headline Ini Terlampau Power Untuk Kempen.

Untuk kempen non-profit atau NGO pula, anda boleh rujuk artikel ini: Headline NGO untuk mengetahui teknik-teknik menghasilkan headline NGO yang berkesan. 

Hasilkan beberapa tajuk atau headline berbeza dan lakukan split test bagi mengenalpasti mana satu yang lebih mantap.

#2 Split testing body copy

Body copy ialah bahagian selepas headline. Body copy yang baik dapat mengekalkan perhatian audience untuk terus membaca. Ini biasanya dapat dicapai dengan penulisan yang tersusun dan padat. Untuk menghasilkan body copy yang betul-betul mencuri perhatian pembaca, perlukan banyak latihan. 

Boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui formula penulisan copywriting

#3 Copy pendek dan panjang

Panjang dan pendek sesebuah iklan itu juga boleh memberi kesan kepada hasil split testing yang dibuat. Sesetengah copywriting sesuai untuk ditulis panjang dengan menggunakan pelbagai struktur copywriting berbeza, tetapi sesetengahnya pula lebih berkesan bila ditulis dengan ringkas. 

Bagaimana nak tahu? Jawapannya hanya akan terbongkar selepas split testing.

#4 Format

Sekiranya copywriting yang anda hasilkan sekarang terlalu padat dengan tulisan seperti penulisan karangan dalam exam, cuba fikirkan cara untuk memudahkan audience baca. 

Antara yang boleh diubah dan diuji keberkesanannya adalah dari segi:

  • Barisan ayat yang pendek setiap perenggan.
  • Tulis maklumat dalam bentuk senarai.
  • Pecahkan info kepada beberapa heading/subheading berbeza.
  • Gunakan italics, bold, underline atau tulisan berwarna. 

Bukan hanya untuk iklan FB tapi juga boleh dimanfaatkan dalam penghasilan landing atau sales page. 

#5 Visual

Selain headline, visual atau imej yang digunakan dalam sesebuah ads juga memberi impak yang besar kepada keberkesanan iklan. 

Facebook Ads sebenarnya bersaing dengan banyak lagi post-post lain yang ada di Facebook. Oleh itu, penting untuk anda fikirkan cara bagaimana untuk menjadi lebih menarik daripada post-post lain. Dah ada idea?

#6 Audience

Perkara lain yang boleh diuji ialah audience. Mungkin sesebuah produk itu lebih menarik untuk sekelompok orang dan bukannya untuk kelompok tertentu. Anda boleh ubah dari segi lokasi, demografi atau psikografi.

Semoga bermanfaat!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *