Copywriting ialah satu ‘seni’ penulisan dengan tujuan untuk menarik perhatian orang membaca supaya membuat sesuatu tindakan sama ada untuk membeli produk, menggunakan sesuatu perkhidmatan, menghulurkan sumbangan atau sebagainya.

Seorang copywriter bukan sekadar perlu pandai mengolah ayat, tapi juga perlu kreatif untuk tampil dengan sesebuah konsep atau idea yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan sesebuah kempen yang dijalankan.

5 Mitos Copywriting Yang Ramai Percaya Tapi Salah

Dalam artikel kali ini, admin kongsikan antara mitos ataupun kefahaman yang salah tentang copywriting.

#1 Copywriter bekerja secara sendirian

Seorang copywriter mungkin perlu bekerjasama dengan designer (bagi menghasilkan poster dsb yang berkaitan), pengatur strategi pemasaran, pakar pengiklanan digital dan sebagainya dalam sesebuah projek. Ini kerana idea bagi mesej yang ingin disampaikan perlu selari dalam semua aspek. 

#2 Copywriting ni kacang je!

Seorang copywriter yang profesional akan mengambil masa untuk memahami audience yang disasarkan, mengenali jenama dengan mendalam, memastikan nada yang digunakan konsisten, mengkaji subjek dengan mendalam dan yang paling mencabar sekali adalah untuk menghasilkan sesuatu yang unik supaya dapat menarik perhatian orang ramai. 

#3 Copywriting boleh dilakukan secara automatik atau guna template

Anda rasa copywriting boleh copy and paste sahaja maklumat yang perlu ada dalam sebuah template dan siap? Mungkin anda terlupa, sekiranya anda ingin menarik perhatian orang ramai supaya melakukan sesuatu, perkara paling penting adalah untuk cuba menyentuh jiwa audience. Copywriter perlu pandai menyesuaikan mesej yang disampaikan kepada audience yang disasarkan, jenama dan juga tawaran yang diberikan. 

Sesuatu kempen itu akan lebih berkesan apabila copywriting tersebut menunjukkan empati yang mendalam. 

#4 Copywriting ni sama je macam blogging atau penulisan biasa

Perbezaan antara penulisan blog, penulisan kreatif dan copywriting cukup besar. 

Walaupun secara asasnya kesemua jenis penulisan ini tujuannya adalah untuk menarik dan mengekalkan perhatian orang untuk membaca, namun hasil yang ingin dicapai adalah berbeza. 

Copywriting dihasilkan dengan matlamat untuk mendapatkan conversion seperti membeli, menyumbang, melanggan atau sebagainya. Bagi mencapai hasil ini, penulisan perlu dirancang dengan baik supaya dapat ‘memukau’ pembaca supaya tidak ragu-ragu melakukan sesuatu. 

#5 Copywriting yang dihasilkan boleh dicaj mengikut patah perkataan

Tulis beribu-ribu perkataan tanpa mengkaji audience yang disasarkan atau banyak lagi aspek penting lain memanglah mudah dan tidak mengambil masa yang lama, namun hasilnya? Hanya suam-suam kuku atau tidak berjaya langsung menarik conversion yang diharapkan. Sudahlah panjang, tapi tak berkesan pula tu. 

Lain pula situasinya kalau perkataan yang dikeluarkan adalah berlandaskan kajian supaya sesuai dengan audience yang disasarkan. Dengan adanya research mendalam sebelum penulisan copywriting, seseorang copywriter dapat menghasilkan ayat yang lebih berkesan untuk menarik conversion walaupun kadangkala nampak pendek dan simple

Oleh itu, nilai copywriting bukanlah boleh diletakkan pada bilangan patah perkataan tetapi hasil keberkesanannya. 

Akhir kata..

Mungkin anda pun pernah terfikir mana-mana daripada poin-poin yang dikongsikan di atas. Sekarang, jom kongsi dalam ruangan komen di bawah apakah mitos yang sebelum ini anda percaya berkaitan dengan copywriting. 

Perlukan bantuan dalam pemasaran digital? 

Kami di REKA memiliki pasukan yang pakar dalam pemasaran digital untuk produk, servis mahupun NGO dan Fundraising. Jangan ragu-ragu untuk hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *