5 Tips Pilih CRM Terbaik untuk Bisnes SME Malaysia
Memilih sistem CRM yang tepat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME di Malaysia perlukan penelitian yang tinggi. Pemilik bisnes disarankan agar tidak hanya memfokuskan kepada aspek teknikal perisian (software), tetapi turut mengambil kira kesesuaian sistem tersebut dengan persekitaran perniagaan dan peraturan tempatan.
Berikut adalah 5 kriteria utama yang wajib anda semak sebelum membuat keputusan untuk perniagaan anda:
1. Integrasi API WhatsApp Business Secara ‘Native’
WhatsApp adalah nadi komunikasi bisnes di Malaysia. Jika CRM tersebut menganggap WhatsApp sebagai fungsi sampingan atau memaksa anda menggunakan aplikasi pihak ketiga (seperti Zapier) yang leceh untuk merekod perbualan, ia hanya akan menyusahkan operasi harian anda.
- Perkara untuk disemak: Bolehkah pasukan sales anda membalas mesej WhatsApp terus dari platform CRM? Adakah sejarah perbualan direkod secara automatik ke dalam profil pelanggan? Adakah terdapat kos atau caj tambahan tersembunyi untuk setiap mesej yang dihantar?
2. Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) yang Ketat
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia kini semakin ketat. Pindaan terkini memerlukan perniagaan mematuhi syarat yang lebih tegas, termasuklah notis ketirisan data mandatori dalam masa 72 jam serta peraturan mengenai pengprofilan data.
- Perkara untuk disemak: CRM tersebut mesti mempunyai pengurusan persetujuan (consent management), kawalan akses berasaskan peranan (supaya staf hanya melihat data yang dibenarkan sahaja), dan protokol keselamatan data yang kukuh. Jika pelayan (server) CRM berada di luar negara, pastikan ia mematuhi syarat pemindahan data merentas sempadan Malaysia.
3. Integrasi dengan Ekosistem Sistem Tempatan
Sebuah CRM yang baik sepatutnya mengurangkan kerja kemasukan data secara manual. Ini bermaksud ia perlu boleh ‘berhubung’ secara terus dengan perisian yang sedia ada dalam pengurusan bisnes anda.
- Perkara untuk disemak: Adakah ia mudah diintegrasikan dengan sistem perakaunan tempatan yang popular seperti AutoCount, SQL Accounting, atau Xero? Bolehkah ia disambungkan ke payment gateway tempatan seperti Billplz, SenangPay, atau iPay88? Jika anda perlu mengupah developer semata-mata untuk menghubungkan sistem-sistem asas ini, kos setup pasti akan menganggu bajet syarikat.
4. Kos Pemilikan Sebenar (True Cost of Ownership)
Banyak jenama CRM global yang memancing SME dengan pelan “percuma” atau sangat murah pada permulaannya, tetapi kemudiannya mengunci fungsi-fungsi penting di sebalik pelan premium yang mahal.
- Perkara untuk disemak: Unjurkan kos anda untuk tempoh dua tahun akan datang. Berapakah kos untuk menambah pengguna ke-5, ke-10, atau ke-20? Adakah akses API (yang diperlukan untuk integrasi dengan sistem lain) termasuk dalam pelan asas atau ia adalah add-on berbayar? Kira jumlah keseluruhan langganan bulanan beserta kos pelaksanaan (implementation) dan latihan staf.
5. Penerimaan Pasukan & Sokongan Teknikal Waktu Tempatan
Sebab utama mengapa banyak sistem CRM gagal dilaksanakan dalam SME adalah kerana pasukan pekerja enggan menggunakannya akibat antaramuka (UI) yang terlalu rumit. Selain itu, jika pembekal CRM beroperasi di luar negara tanpa wakil tempatan, proses mendapatkan bantuan teknikal pada waktu kecemasan boleh memeningkan kepala.
- Perkara untuk disemak: Minta akses percubaan (trial) dan biarkan staf anda yang paling kurang mahir IT mencubanya. Adakah sistem tersebut mudah difahami? Pastikan juga vendor menawarkan sokongan pelanggan pada waktu bekerja di Malaysia (GMT+8), sebaik-baiknya dengan rakan kongsi tempatan yang boleh memberikan latihan atau sokongan onboarding secara terus.
Jika anda berminat dengan CRM yang bersepadu dengan harga yang berpatutan, hubungi kami untuk konsultasi percuma! Klik “Hubungi Kami” sekarang.
