Teknik Atasi Pesaing Dalam Bisnes

Sejak Malaysia dilanda COVID19 hingga terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat Malaysia yang terpaksa dibuang kerja, ataupun berhenti kerja kerana syarikat yang nak tutup dan sebagainya. Kesannya, mereka ini terpaksa memulakan bisnes kecil-kecilan semata-mata untuk menampung kehidupan harian.

Sebab tu, tak pelik kalau kita jumpa banyak sangat gerai yang dibuka di tepi jalan, terutama di bandar-bandar besar. Tak kisahlah gerai makanan, atau selain makanan pun ada. Tak cukup dengan gerai, bisnes secara online pun semakin banyak. Seperti cendawan baru tumbuh lepas hujan. Lautan bisnes kecil-kecilan di Malaysia seperti dah jadi “lautan merah”. Bila banyak gerai yang dibuka, maka makin banyak pesaing yang ada.

Persoalannya, macam mana kita nak keterhadapan dan mengatasi pesaing kita di dalam lautan merah yang menggila ni?

Kami akan kongsikan 6 tips dan teknik macam mana nak mengatasi pesaing anda di dalam bisnes.

Wujudkan penguasaan di dalam pasaran

Wujudkan penguasaan di dalam pasaran. Pasaran itu mesti faham bahawa anda adalah pemimpin dalam apa jua yang anda buat. Anda boleh wujudkan penguasaan dengan menjadi ‘visible’ di mana saja anda boleh dan berikan maklumat (description) yang menarik tentang produk anda di sebanyak mana tempat yang anda boleh. Contohnya di Shoppe, Lazada, Telegram Channel, dan sebagainya. Menjawab pertanyaan seperti khidmat pelanggan adalah satu lagi cara yang mana anda boleh tunjukkan dominasi dalam bidang anda.

Tawarkan harga produk ikut kesesuaian

Tawarkan harga produk ikut kesesuaian. Ini tak bermaksud anda mesti letakkan dengan harga yang paling rendah. Elakkan peperangan harga. Yang paling penting, anda mesti berikan kepada pelanggan nilai tambah yang tepat sebagai justifikasi untuk apa yang mereka belanjakan. Dan nilai tambah itu dapat menyelesaikan masalah mereka. Contohnya Domino Pizza. Mereka berikan tambah nilai dengan menjadikan rotinya lebih lembut, dan isinya lebih segar. Kalau produk mahal macam mana? Jika produk lebih mahal daripada produk lain, tunjukkan sesuatu yang lebih istimewa daripada apa yang dimiliki oleh produk lain.

Sentiasa berevolusi

Sentiasa berevolusi. Sebolehnya, selalu terbitkan versi baru untuk produk anda. Selalu tidak semestinya setiap hari. Contoh versi baru adalah, bina pakej berkaitan produk anda. Pakej produk pula bersandarkan dengan tema yang dipersetujui, seperti tema perayaan. Selain itu, anda mungkin boleh pakej produk anda dengan kerjasama produk-produk lain yang ada kaitan. Gunakan teknik-teknik baru untuk mempromosi. Orang sukakan bisnes yang sentiasa berevolusi. Sekiranya tak, anda akan ketinggalan dan jatuh seperti yang berlaku pada Kodak dan Nokia.

Uruskan penyokong sebaiknya

Uruskan penyokong sebaiknya. Siapa penyokong anda? Mereka ialah yang membeli produk anda, iaitu pelanggan. Apatah lagi jika mereka dah berulang kali beli produk anda. Sentiasa bertindak balas terhadap keperluan dan kehendak pelanggan. Sekiranya minta wang dikembalikan, layan saja. Berikan jawapan kepada semua penyokong dalam tempoh 24 jam atau kurang. Seperti Secret Lab yang menjaga pelanggan sehingga menawarkan gaming chair baru kepada pelanggan yang memiliki masalah dengan gaming chair yang dibeli.

Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bina produk anda sebaiknya

Pertimbangkan keperluan pelanggan dan bina produk anda sebaiknya. Carian di internet seperti media sosial, group, blog dan forum adalah tempat yang bagus untuk tahu apa yang pasaran mahukan. Bahkan, anda boleh jalankan survey secara online untuk tahu apa kehendak pasaran. Setelah dapat maklumat, masukkan ciri-ciri ini dalam produk anda. Buat pasaran tahu yang produk anda adalah solusi kepada masalah yang mereka lalui. Apabila anda menggabungkan cadangan pasaran ke dalam produk, anda akan meraih rasa hormat dan mereka rasa berbesar hati untuk mendapatkan produk anda.

Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat

Berhati-hati dengan apa yang pesaing anda buat. Jika mereka menggunakan taktik yang anda tidak gunakan, fikir dan bincangkan sama ada patutkah anda menggunakan teknik itu juga.

Semoga 6 teknik dan tips ini membantu anda dalam mengembangkan bisnes sekaligus mengatasi pesaing anda. Dapat sesuatu dalam tulisan kali ini?

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *