Dalam penulisan copywriting, sasaran audience anda BUKAN semua orang. Sekiranya anda cuba untuk sasarkan semua orang, mesej yang disampaikan mungkin tidak begitu jelas atau tidak menyentuh emosi. Ya, bukan copywriting produk sahaja yang perlu tetapkan sasaran audience, audience yang spesifik untuk kempen NGO & Fundraising juga penting. 

Terdapat tiga ‘suhu’ audience iaitu:

  • Cold 
  • Warm
  • Hot

COLD AUDIENCE

Apa itu cold audience?

Cold audience ialah mereka yang tak pernah kenal NGO atau organisasi kita. Secara logiknya, bila audience yang disasarkan ialah pada ‘suhu’ ini ada beberapa perkara yang perlu kita masukkan dalam copywriting untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap kempen yang dijalankan dan bagi menunjukkan kredibiliti NGO atau organisasi. 

Ini 3 elemen penting untuk dimasukkan dalam copywriting kepada cold audience:

#1 Kesedaran tentang kempen: Jelaskan mengapa kempen dilancarkan, apakah jenis bantuan yang diperlukan, sasaran bantuan yang cuba dicapai, kesan sekiranya kempen tidak berjaya. 

#2 Bukti sosial: Apa yang telah dilakukan bantuan yang diberikan sebelum ini, berapa ramai yang telah dibantu, berapakah jumlah yang telah terkumpul dll. 

#3 Unique selling point (USP): Apakah keunikan atau perbezaan kempen NGO & Fundraising anda dengan NGO & Fundraising lain yang turut menjalankan kempen sama. 

WARM AUDIENCE 

Apa warm audience?

Warm audience ialah audience yang sudah pun mengenali NGO & Fundraising anda sama ada sebagai mereka yang pernah menekan butang like, dah follow atau subscribe media sosial anda. 

Namun begitu, apa yang membezakan mereka dengan hot audience ialah kerana belum pernah memberi sumbangan atau mengambil sebarang tindakan untuk mana-mana kempen yang anda jalankan. 

Elemen penting untuk convert warm audience ini kepada penyumbang ialah:

#1 Kesegeraan & ketidakcukupan (urgency & scarcity): Maklumkan kepada audience betapa pentingnya untuk mengambil tindakan secepat mungkin, kesuntukan masa, tarikh agihan, slot yang masih ada dll. 

#2 Nilai sumbangan: Betapa pentingnya sumbangan ini untuk mereka yang memerlukan, impak sekiranya sumbangan ditangguhkan, maklumkan juga baki sasaran. 

HOT AUDIENCE

Apa itu hot audience?

Hot audience ialah mereka yang pernah menyumbang. Ini bermaksud mereka telah memiliki keyakinan terhadap kempen yang dijalankan pihak NGO & Fundraising. 

Elemen penting dalam copywriting untuk hot audience:

#1 Perkembangan semasa kempen: Nyatakan jumlah terkumpul, berapa banyak telah diagihkan, bagaimana duit sumbangan telah digunakan dll. 

#2 Penghargaan: Tunjukkan penghargaan kepada penyumbang, pelawa mereka supaya meneruskan sokongan.

Diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami. 

Ini 3 Jenis Audience Bagi Copywriting NGO & Fundraising Apa Itu Cold, Hot, Warm Dalam Copywriting

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *