5 Soalan Ini Wajib Terjawab Dalam Sales Page
Menarik macam mana sekalipun produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, selalunya prospek pasti ada rasa ragu-ragu atau persoalan-persoalan yang bermain di fikiran mereka. Ini adalah salah satu proses pemikiran yang berlaku semasa seseorang sedang membuat keputusan.
Jangan terkejut, ramai sebenarnya yang terus membaca sales page bukan kerana mereka sudah tertarik untuk beli, tapi kerana mencari sebab untuk tidak membeli. Oleh kerana itu, banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila menghasilkan sales page.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 perkara yang sering bermain dalam fikiran audience semasa membaca sesebuah sales page.
#1 “Aku tak perlu pun benda ni”
Kalau ini yang terlintas dalam fikiran audience, berkemungkinan besar mereka masih kurang kesedaran atau awareness tentang keperluan atau masalah yang dihadapi. Mereka tak rasa mereka perlukan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Kesilapan yang ramai buat bila hasilkan copywriting dan salesletter untuk sales page ialah kerana terlalu banyak menerangkan tentang ciri produk dan terlupa untuk menyampaikan kepada pelanggan kenapa mereka memerlukan produk tersebut.
Untuk menjawab apa yang terlintas dalam fikiran audience ini, anda perlu menyatakan dengan jelas apakah masalah yang cuba diselesaikan atau menerangkan unique selling point (USP) atau keunikan dan kelebihan produk anda.
#2 “Betul ke berkesan?”
Tanpa kita sedar, bila kita menjelaskan tentang keberkesanan sesuatu produk, mungkin terlintas dalam fikiran audience, produk ni macam “too good to be true,” atau terlalu bagus sampai susah nak percaya.
Untuk menangani isu ini, seorang copywriter boleh memasukkan bukti-bukti sosial seperti testimoni dan kajian kes sebagai bukti keberkesanan yang lebih kukuh.
#3 “Perlu ke aku beli daripada syarikat ni? Ada banyak lagi peniaga lain.”
Prospek atau audience yang berkata sebegini biasanya sudah pun tahu masalah yang mereka cuba selesaikan dan pada tahap ini mereka sedang mempertimbangkan semua pilihan penyelesaian yang ada.
Sekiranya prospek anda tidak begitu kenal jenama anda, penting untuk anda memasukkan elemen yang dapat membantu meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan prospek.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan memasukkan latar belakang atau bio anda/syarikat/pasukan. Di sini misalnya, anda boleh ceritakan KENAPA anda telah menghasilkan produk ini dan kenapa ianya penting untuk anda. Jangan lupa untuk masukkan juga beberapa foto untuk membantu menaikkan lagi kepercayaan pembaca.
Sekiranya ada, kongsikan pencapaian yang pernah dikecapi supaya prospek lebih mempercayai kepakaran yang anda miliki.
#4 “Mahalnya!” atau “Murahnya!”
Boleh jadi, terlalu mahal salah, terlalu murah pun salah. Berdasarkan harga yang diletakkan, prospek akan menggunakan ini sebagai kayu ukur kualiti dan nilai produk.
Sekiranya terlalu mahal, prospek mungkin fikir bahawa produk ini terlalu canggih, kalau terlalu murah, mereka akan tertanya-tanya sama ada produk yang ditawarkan ini berkualiti.
Bagi ‘membalas’ balik apa yang prospek fikirkan ini, anda perlu memasukkan nilai-nilai yang ditawarkan oleh produk anda. Ingat, nilai produk berbeza maksudnya dengan harga produk.
Ada banyak teknik yang boleh digunakan untuk menunjukkan nilai produk atau khidmat yang anda tawarkan. Anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat kami di REKA untuk menjayakan kempen yang dijalankan.
#5 “Tak pasti nak proceed bayar ke tak.”
Andai kata prospek sudah pun membaca sehinggalah ke penghujung sales page, tetapi mereka masih lagi ragu untuk mengeluarkan belanja, berkemungkinan besar masih ada lagi persoalan yang tidak terjawab.
Rasa keliru atau ragu adalah pembunuh conversion yang paling besar berbanding yang lain.
Untuk menyelesaikan isu ini, masukkan FAQ atau soalan yang lazim ditanya pada bahagian hujung landing page. Jawab sebaik mungkin semua keraguan yang mungkin terlintas dalam fikiran pembaca.
Kesimpulan
5 perkara ini boleh dijadikan checklist penting yang mesti cuba dipenuhi ketika menghasilkan sales page supaya tiada ruang untuk seseorang prospek mempertikaikan produk anda atau rasa ragu untuk membeli.
Sebenarnya, ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah sales page. Kami di Reka Digital memiliki pasukan yang berpengalaman dalam bidang pemasaran digital untuk produk dan servis. Jangan ragu-ragu untuk hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan.
Diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami.
One Comment