Opens in a new tab

9 Soalan Perlu Jawab untuk Memahami Sasaran Prospek sebelum buat Iklan

4 September 2024

Untuk hasilkan copywriting yang berkesan dan tingkatkan jualan, anda mestilah memahami prospek anda dengan lebih mendalam sebelum buat iklan berbayar seperti Facebook Ads, Google Ads atau TikTok Ads.

Dengan memahami mereka, lebih mudah untuk anda tingkatkan conversion rate (CR) produk dan perkhidmatan anda. Tapi, bagaimana cara memahami prospek anda?

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memahami sasaran prospek anda.

  1. Siapa Mereka?

    Fahami demografi prospek anda:
    • Umur
    • Jantina
    • Lokasi
    • Pekerjaan
    • Tahap pendapatan

      Sebab: Copywriting anda perlu terasa peribadi dan relevan kepada mereka.
  1. Apa Masalah Mereka?

    Kenalpasti masalah prospek anda:
    • Keperluan yang tidak dipenuhi
    • Masalah harian
    • Isu yang berulang
    • Pengalaman yang menyakitkan
    • Kekecewaan umum

      Sebab: Lebih mendalam masalah mereka, lebih baik untuk anda.
  1. Apa yang Mereka Mahukan?

    Fahami keinginan prospek anda:
    • Matlamat
    • Impian
    • Cita-cita
    • Hasil yang diidamkan
    • Rancangan jangka masa panjang

      Sebab: Menjual akan menjadi lebih mudah apabila anda tahu apa yang mereka benar-benar inginkan.
  1. Bagaimana Cara Mereka Bercakap?

    Pelajari bahasa spesifik prospek anda:
    • Perbendaharaan kata
    • Jargon
    • Nada suara
    • Frasa umum
    • Pembawakan budaya

      Sebab: Audiens akan jadi lebih cenderung mendengar bahasa yang sama dengan mereka.
  1. Apa yang Membuat Mereka Membeli?

    Fahami faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka:
    • Harga
    • Reviews
    • Ciri-ciri produk
    • Reputasi jenama
    • Recommendations

      Sebab: Gunakan ini untuk trigger keinginan mereka untuk terus tekan CTA anda!
  1. Apa Bantahan yang Mereka Mungkin Ada?

    Jangka dan tangani bantahan yang mungkin tercetus di fikiran mereka:
    • Harga
    • Kualiti, perkhidmatan
    • Polisi
    • Jaminan/Guarantee

      Sebab: Tiada bantahan yang harus dibiarkan tanpa diselesaikan.
  1. Siapa/Apa yang Mereka Percayai?

    Kenal pasti siapa atau apa yang dipercayai oleh prospek anda:
    • Influencer
    • Review Sites
    • Jenama yang dipercayai
    • Pendapat pakar
    • Cadangan

      Sebab: Gunakan ini untuk membina kepercayaan mereka terhadap anda.
  1. Apa yang Memotivasikan Mereka?

    Cari apa yang mendorong prospek anda:
    • Keinginan untuk keuntungan
    • Keperluan untuk keselamatan
    • Takut terlepas peluang (fomo)
    • Mencari pengiktirafan
    • Aspirasi untuk berjaya

      Sebab: Gunakan apa yang mendorong mereka untuk kelebihan anda.
  1. Apa yang Mereka Harapkan?

    Fahami apa yang prospek anda ingin capai:
    • Manfaat yang diinginkan
    • Hasil yang dapat diukur
    • Penambahbaikan yang diharapkan

      Sebab: Jika anda boleh memenuhinya, janjikan apa yang mereka mahu.

Dengan menjawab soalan-soalan ini, anda dapat menghasilkan copywriting dan iklan berbayar yang bukan sahaja sekadar menarik tetapi juga berkesan dalam menarik minat dan perhatian prospek anda. Seterusnya mampu meningkatkan jualan syarikat anda dengan lebih baik daripada sebelum ini.

Kongsi pandangan anda

Buntu nak naikkan jualan syarikat?

Mari kami bantu analisa Strategi Kempen Pemasaran Digital syarikat anda, dan bantu tingkatkan jualan!
Hubungi Kami