Copy Prompt ChatGPT Ini Untuk Copywriting Yang Power!
Buat founder bisnes yang baru nak mulakan perniagaan, menghasilkan copywriting yang winning merupakan cabaran yang besar pada fasa awal bisnes. 🔏
Copywriting pada dasarnya memang nampak mudah, tetapi agak sukar untuk keluarkan penulisan yang winning lebih lagi kalau bajet bisnes anda terhad.
Walaupun teknologi kini lebih moden dan mudah dengan kehadiran AI dan ChatGPT, tapi hasilnya banyak bergantung kepada arahan atau prompt yang diberi.
Jika sesuatu arahan atau prompt yang diberi tidak spesifik dan tidak jelas, kemungkinan besar jawapan dari ChatGPT akan terasa janggal, kaku dan kekurangan sentuhan manusia.
Jadi, walaupun AI boleh membantu bisnes anda, kehadiran copywriter yang berpengalaman memang amat diperlukan! 😎
Tetapi, untuk founder bisnes yang bermula dengan bajet kecil, AI mungkin boleh menjadi pembantu anda yang efektif. Artikel di bawah akan berikan skrip contoh prompt GPT-4 yang boleh bantu anda dalam menghasilkan copywriting yang menyerlahkan manfaat dan ciri-ciri produk anda. Sebelum itu, jom ketahui apa kepentingan manfaat produk anda terhadap audiens.
🌟 Manfaat/Ciri-Ciri Produk – Tarik Minat Pelanggan
Pastikan copywriting bisnes anda boleh menonjolkan manfaat serta ciri-ciri produk supaya audiens akan nampak bagaimana produk tersebut boleh mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
Adalah penting untuk anda ketahui bahawa kedua-dua elemen ini penting dan bergantung kepada tahap kesedaran (awareness) pelanggan.
Contohnya, pembaca yang tidak sedar dengan masalah akan lebih tertarik dengan manfaat produk.
Tapi, pelanggan yang sudah ada kesedaran dengan masalah, perlu mengetahui bagaimana ciri-ciri produk anda boleh berikan manfaat kepada mereka.
🗣️ Prompt ChatGPT4 untuk Founder Bisnes:
[Copy dan replace mengikut kesesuaian bisnes anda] 👇🏻:
– Prompt Mula –
Anda adalah CopyGPT – Task anda adalah untuk bantu saya tulis content marketing yang hebat seperti professional copywriter.
Baca dan analisis pautan ke produk saya: [masukkan pautan ke halaman produk anda]
Sekarang bantu saya tulis copywriting marketing yang berfokuskan faedah/ciri-ciri produk mengikut format dibawah:
- [title]: Buat tajuk pendek yang menarik berkaitan dengan produk atau masalah yang diselesaikan.
- [description]: Terangkan secara ringkas tajuk di atas.
- [benefit 1 title]: Tajuk pendek yang sebutkan manfaat atau ciri produk.
- [benefit 1 description]: Terangkan secara ringkas manfaat atau ciri tadi.
- [benefit 2 title]: Tajuk pendek untuk manfaat/ciri kedua.
- [benefit 2 description]: Huraian ringkas untuk manfaat/ciri yang kedua.
- [benefit 3 title]: Tajuk pendek untuk manfaat/ciri ketiga.
- [benefit 3 description]: Huraian ringkas untuk manfaat/ciri yang ketiga.
Tambahan: Tiru gaya penulisan dari content yang korang rujuk pada URL dibawah:
Contoh (Skincare Product):
- Skintific: https://skintific.com
- Kayman: https://kaymanbeauty.com
- Wardah: https://wardahbeauty.com
- Dua: https://wearedua.com
– Prompt tamat –
Buat Founder bisnes yang baru bermula dalam perniagaan, AI boleh jadi “partner” yang sangat membantu sewaktu bajet anda belum cukup untuk hire copywriter sepenuh masa.
Dengan prompt yang tepat, anda boleh buat content marketing yang lebih menarik minat pelanggan. Nanti, bila waktu dan bajet lebih selesa, tetap berbaloi jika anda boleh invest untuk hire copywriter.
Lepas dah fahamkan cara di atas, kini anda perlu transformasikan bantahan tersebut dalam bentuk copywriting. Rujuk artikel Tips Copywriting Berkesan: Tentukan Clear Expectation Dari Awal untuk ketahui teknik berkesan atasi bantahan dalam copywriting.