Tulis Copy daripada Perspektif Customer, bukan syok sendiri
Antara teknik penting dalam copywriting adalah dengan menulis dan menjual mengikut perspektif pelanggan. Anda perlu hasilkan konten atau ayat iklan yang relatable dengan pelanggan anda.
Bila kita guna pendekatan ini, pelanggan akan rasa lebih percaya dan berhubung dengan mesej yang kita cuba sampaikan.
Kerana hakikatnya, pelanggan sendiri yang lebih memahami diri mereka. Oleh itu, jom baca artikel dibawah untuk ketahui cara menulis dari perspektif pelanggan 👇🏻.
1. Buat Kajian Pelanggan 📖
Fahami tabiat membeli-belah, minat, dan apa masalah yang mereka sering hadapi. Guna tools seperti Google Analytics, Survey, dan insights media sosial untuk dapatkan data yang boleh bantu kita memahami keperluan pelanggan dengan lebih mendalam.
2. Guna Bahasa Mereka 👄
Gunakan perkataan dan frasa yang pelanggan sendiri selalu guna, sama ada dalam review, komen, atau post di media sosial. Tambah sekali istilah-istilah yang “in” atau sedang trending dalam industri untuk buat mereka rasa lebih terhubung.
3. Tackle Masalah Utama Mereka ✅
Kenal pasti apa cabaran utama yang pelanggan sering alami ketika shopping online (contohnya, kualiti produk, masa penghantaran, atau polisi pulangan). Terangkan dengan jelas macam mana produk atau servis anda boleh bantu selesaikan isu-isu ni.
4. Highlight Kelebihan Bukan Sekadar Ciri-ciri 🤩
Fokus kepada kelebihan yang pelanggan betul-betul hargai seperti kemudahan, penjimatan, atau gaya hidup yang lebih baik. Terangkan bagaimana kelebihan ini boleh bantu selesaikan masalah mereka atau memenuhi keperluan mereka.
5. Guna Bukti Sosial 🧐
Sertakan testimoni, review, dan case study dari pelanggan yang pernah guna produk atau servis anda. Tunjukkan kisah kejayaan tentang produk atau servis anda untuk bina kepercayaan dan buat pelanggan rasa produk anda memang berbaloi.
6. Cipta Call to Action yang Menarik 👀
Galakkan tindakan segera dengan arahan jelas (contohnya, “Add To Cart”, “Dapatkan Diskaun 10% Hari Ini,” “Beli Sekarang”). Cipta👀 proses pembelian yang mudah untuk elakkan pelanggan dari rasa leceh dan tingkatkan peluang mereka membeli.
7. Personalisasi Mesej Anda 📧
Gunakan content dinamik dan rekomendasi berdasarkan sejarah pembelian pelanggan atau browsing pelanggan. Panggil pelanggan ikut nama mereka dan tawarkan promosi yang sesuai dengan minat mereka.
Pendek kata, copywriting yang terbaik adalah apabila kita boleh bercakap terus dengan pelanggan dan buat mereka rasa bahawa produk kita ni adalah solusi kepada masalah mereka.
Jadi, banyakkan menulis dengan melihat dari perspektif pelanggan. Jangan lupa juga untuk tulis copy yang bukan sekadar “menjual” tapi juga “menyelesaikan.”
Bila kita faham mereka, confirm mesej kita akan lebih kena dan convert lebih tinggi! Lepas dah fahamkan cara di atas, kini anda perlu transformasikan bantahan tersebut dalam bentuk copywriting. Rujuk artikel Tips Copywriting Berkesan: Tentukan Clear Expectation Dari Awal untuk ketahui teknik berkesan atasi bantahan dalam copywriting.