Struktur Copywriting Efektif untuk lariskan Koleksi Fesyen Terbaru Anda
Anda dalam perancangan untuk mulakan bisnes fashion? Produk semua dah ready, stok pun dah cukup untuk mulakan bisnes. Tapi, masih ada satu perkara lagi belum selesai.
Copywriting Yang Efektif.
Walaupun produk kita semestinya yang high quality, material kelas pertama, cantik molek, tapi satu elemen nak pancing audien terlepas, berkemungkinan besar anda sudah lepaskan peluang untuk naikkan jualan ke tahap lebih tinggi.
Aduhai, buntu!
Macam mana sebenarnya nak buat struktur copywriting, lagi-lagi khas untuk bisnes fashion ni?
Jom luangkan untuk saya kongsikan 7 tips copywriting yang sangat IMPORTANT untuk owner bisnes fashion macam anda.
Di akhir artikel ini, saya akan belanja sekali contoh struktur copywriting yang anda boleh copy and paste dalam kempen pemasaran anda. Samada Meta Ads, Google Ads ataupun TikTok Ads, semuanya boleh guna pakai struktur copywriting ini 😉
Table of Content:
- Gunakan Headline yang Menarik
- Pamerkan Manfaat, Bukan Ciri-ciri
- Ceritakan Kisah Produk
- Gunakan Bukti Sosial
- Sertakan Panggilan untuk Tindakan (CTA) yang Jelas
- Gunakan Bahasa yang Menarik dan Kreatif
- Berikan Tawaran Terhad dan Cipta “Sense of Urgency”
#1. Gunakan Headline yang Menarik Perhatian (Attention Grabber)
Headline harus menarik perhatian serta memberikan gambaran jelas tentang apa yang ditawarkan.
Sebenarnya headline ni sangat penting sebab ia merupakan satu HOOK untuk tarik perhatian pembaca.Contoh: “Tetap Stylish dengan Pilihan Fashion Terbaru dari Kami! Stok Terhad!”
#2. Pamerkan Manfaat, Bukan Ciri-ciri (Benefits over Features)
Pastikan copywriting anda mampu menyelesaikan masalah audiens.
Kurangkan menulis penjelasan panjang tentang material produk. Kerana apa yang menarik perhatian audiens adalah; bagaimana produk kita mampu selesaikan masalah mereka.
Contoh: “Kain yang lembut dan selesa, sesuai untuk dipakai sepanjang hari walaupun dalam musim panas.”
#3. Ceritakan Kisah Produk (Storyteller)
Ceritakan asal-usul atau inspirasi di sebalik produk untuk menambahkan nilai emosi.
Copywriting yang power akan cuba ciptakan satu kaitan emosi yang boleh membawa audiens berasa lebih rapat dengan jenama produk kita.
Contoh: “Dicipta dengan inspirasi dari perjalanan ke Paris, setiap helaian baju ini membawa sentuhan klasik dan elegan.”
#4. Gunakan Bukti Sosial (Social Proof)
Masukkan testimoni, ulasan atau review selebriti untuk membina kepercayaan dan kredibiliti.
Mengikut data, 90% pengguna akan membaca review sebelum membuat pembelian.
Malah, kajian juga menunjukkan produk yang menunjukkan review juga mempunyai peluang setinggi 270% produk itu akan dibeli!Contoh: “Lihat apa yang dikatakan pelanggan kami: ‘Kasut ini sangat selesa ketika saya pakai waktu berlari di dalam hutan!”
#5. Sertakan Panggilan untuk Tindakan (Call To Action) yang Jelas
Pastikan copywriting anda mempunyai Call to action (CTA) yang jelas dan mesra pengguna.
CTA ini sangat penting untuk memudahkan audiens membuat tindakan segera.
Lagi mudah CTA, lagi cepat pembelian dibuat!
#6. Gunakan Bahasa yang Menarik dan Kreatif (Tone)
Pilih perkataan yang mampu membangkitkan perasaan dan bayangan yang positif.
Intonasi dan pemilihan bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam copywriting.Yang penting, anda tahu target audience anda untuk tentukan pemilihan bahasa yang sesuai, ok?
#7. Berikan Tawaran Terhad dan Cipta “Sense of Urgency”
Promosi dan tawaran eksklusif dapat menarik perhatian pelanggan dan mendorong pembelian.
Tawaran yang terhad akan membuatkan audience rasa tergesa-gesa untuk membeli produk anda secepat mungkin.
Contoh: “Dapatkan diskaun 75% untuk 10 pembeli terawal! sahaja”
Sebenarnya ada banyak lagi struktur copywriting lain yang boleh digunakan dalam copywriting bisnes anda. Yang pasti anda PERLU ikut teknik dan formula asas (fundamental) yang betul dalam copywriting seperti AIDA, PASTOR dan lain-lain lagi.
Nak tahu apa itu AIDA, PASTOR dan format copywriting lain-lain dengan lebih lanjut? Anda boleh baca di artikel: Ini Dia 5 Formula Copywriting Yang Efektif Untuk ‘Pancing’ Pembaca.
Contoh Template Struktur Copywriting Bisnes Fesyen
“KLASIK, KINI KEMBALI MENYERLAH!”
Kualiti kelas pertama, keluaran terhad Baju Kurung Cotton 100%.
Sejuk dipakai walaupun dalam musim panas.
Keluaran ini dibawakan khas dari Terengganu, hasil sulaman tangan pakar 30 tahun dalam bidang fesyen.
Juga peroleh 5 bintang dari review artis tanah air terkenal.
Apa tunggu lagi? Kini hanya tinggal 11 pasang sahaja.
Diskaun 50% terhad sehingga esok sahaja!
Klik “Buy Now” sebelum anda terlepas!
Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami.