Ini 4 Kesilapan Meta Ads Yang Boleh Sedut Bajet Anda – Ketahui Cara Atasinya
Iklan Meta boleh melonjakkan jenama bisnes anda, tetapi hanya jika digunakan dengan berkesan.
Ramai jenama sering terperangkap disebabkan kesilapan yang sama.
Ini akan mengakibatkan bajet iklan habis tanpa pulangan hasil iklan (ROAS) yang baik.
Berikut adalah 4 kesilapan terbesar dan cara mengelakkannya supaya Iklan Meta Ads anda memberikan hasil yang memuaskan.
1. Tidak Mengasingkan Pemboleh Ubah (Variables) Semasa Ujian 🧪
Ujian Split Testing adalah langkah penting untuk pastikan prestasi iklan anda berjalan dengan baik.
Namun, ramai jenama melakukan kesilapan dengan menguji terlalu banyak perkara sekaligus.
Jika anda menukar tajuk, kreatif, dan sasaran dalam ujian yang sama, ini akan menyebabkan sedikit kekeliruan untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan keputusan tersebut.
Caranya: Anda perlu mengasingkan satu pemboleh ubah (variables) pada satu masa untuk kenal pasti punca yang sebenar.
Seperti contoh, mulakan dengan menguji tajuk yang berbeza sambil mengekalkan kreatif dan sasaran (target audiens) yang sama.
Selepas menemui tajuk yang baik, barulah beralih kepada ujian kreatif yang baru pula.
Kaedah ini memberi anda pandangan yang jelas terhadap variables yang berkesan dan membolehkan anda meningkatkan prestasi iklan dengan lebih berkesan.
2. Tidak Mencuba Kreatif yang Cukup 🎨
Menjalankan iklan yang sama berulang kali boleh menyebabkan ads fatigue di mana prestasi iklan menurun kerana audiens anda sudah terlalu kerap melihat iklan tersebut.
Iklan Meta sangat bergantung pada kandungan baru. Jenama yang tidak mencuba kepelbagaian kreatif selalu terlepas untuk peroleh prestasi iklan yang baik.
Caranya: Cuba sekurang-kurangnya 5 hingga 10 kreatif berbeza setiap minggu untuk memastikan iklan anda kekal segar dan berkesan.
Cara ini termasuk menukar gambar, mencuba video baru, atau menukar salinan ads copy anda.
Dengan sentiasa menukar kreatif baru, anda memberi algoritma Meta peluang yang lebih besar untuk mencari kombinasi yang berjaya menarik minat audiens anda.
3. Mengabaikan Segmentasi Audiens 🎯
Tidak semua audiens sesuai dengan pendekatan yang sama apabila menyasarkan iklan anda di Meta.
Apabila anda memaparkan iklan kepada audiens yang terlalu luas tanpa segmentasi yang betul, ini boleh menyebabkan pembaziran bajet dan penukaran (conversion) yang rendah.
Caranya: Cuba cipta audiens yang sesuai berdasarkan audiens yang sudah menunjukkan minat terhadap jenama anda—seperti pembeli sebelumnya, pelawat laman web, pelanggan di WhatsApp atau pelanggan e-mel.
Anda juga boleh membuat audiens serupa (lookalike audience) untuk mencari pelanggan berpotensi baru yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pembeli sedia ada anda.
Dengan mempraktiskan segmentasi audiens, iklan anda akan sampai kepada orang yang lebih cenderung untuk berinteraksi dan membuat pembelian.
4. Memilih Objektif Kempen yang Salah 🎯
Iklan Meta menawarkan pelbagai objektif kempen. Pemilihan objektif yang salah boleh menyebabkan keputusan yang lemah.
Sesetengah jenama fokus pada objektif seperti “trafik” atau “engagement,” dengan harapan lebih banyak klik akan membawa kepada lebih banyak jualan.
Tetapi itu tidak selalu berlaku.
Caranya: Jika matlamat utama anda adalah untuk menjana jualan, anda perlu menggunakan objektif penukaran dan mengoptimumkan untuk pembelian.
Ini memastikan Meta menunjukkan iklan anda kepada orang yang paling mungkin membuat pembelian dan bukan sekadar melayari.
Anda akan melihat hasil yang lebih baik apabila anda menyelaraskan objektif dengan matlamat akhir anda.
Masih dalam kebuntuan meningkatkan prestasi iklan Meta anda? 😕
Selain 4 kesilapan di atas, anda juga perlu tahu 3 Teknik CTA Berkesan untuk bantu prestasi kempen iklan anda jadi lebih baik dan tingkatkan conversion. Pastikan anda tahu teknik tersebut dan elakkan kerugian dalam bisnes anda!