Tips Bisnes Bertahan Lama: Retention Marketing Dan Contohnya
Retention Marketing itu apa? Kebanyakan pemilik bisnes yang telah kami bantu, rata-rata masih belum menggunakan teknik untuk bisnes bertahan lama. Bagaimana cara itu? Retention Marketing ada jawapannya dan mari lihat contoh-contoh bagaimana hendak bermula dengan Retention Marketing.
Retention marketing adalah pemilik bisnes kecil fokus kepada mengekalkan pelanggan sedia ada, dan tidak hanya memberikan fokus untuk dapatkan pelanggan baharu sahaja.
Untuk perkongsian kali ini, kita akan kupas lebih mendalam tentang Retention Marketing termasuk:
- Apa itu Retention Marketing?
- Cara aplikasi Retention Marketing
- Apps atau Software untuk Online Retention Marketing
1. Apa Itu Retention Marketing?
Secara ringkas, Retention Marketing (Pemasaran Pengekalan) adalah strategi dan taktik yang digunakan oleh jenama untuk mengekalkan pelanggan dan menggalakkan mereka membuat pembelian berulang, serta menjadi peminat setia jenama anda.
Dalam erti kata lain, Retention Marketing memastikan produk/perkhidmatan anda sentiasa berada dalam fikiran pelanggan.
Mereka mungkin menerima Emel, SMS dan WhatsApp yang mengingatkan mereka bahawa mereka memerlukan beg baharu, atau mungkin melihat konten menarik daripada media sosial anda yang mengingatkan mereka mengapa mereka subscribe jenama baju anda.
Objektif Retention Marketing adalah untuk kekalkan kehadiran bisnes anda dalam ingatan pelanggan untuk pembelian mereka yang seterusnya.
Semua entrepreneur, SME dan pengasas bisnes yang berjaya tahu dan sedar bahawa Customer Acquisition hanyalah permulaan, tetapi Retention dan Lifetime Value (LTV) adalah punca keuntungan sebenar dalam bisnes.
2. Apakah Cara Mengaplikasikan Retention Marketing?
Kebanyakan perniagaan mempunyai beberapa cara dalam mempraktikkan Retention Marketing termasuk:
- Kempen Pemasaran Emel
- Kempen Pemasaran SMS
- Aplikasi mudah alih (Mobile App)
- Iklan retargeting semula
- Program kesetiaan & keahlian (Loyalty)
- Konten pendidikan
- Konten peringatan (Reminder)
- Diskaun kejutan dan pemberian hadiah
- Pengalaman VVIP
- Penggunaan software terkini untuk meramalkan potensi churn (unsubscriber)
Setiap aktiviti pemasaran ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar retention dan Lifetime Value (LTV). Kebanyakan jenama hanya melaksanakan 1 atau 2 dari teknik di atas, tetapi jenama terbaik di dunia mengamalkan hampir kesemua teknik di atas dengan baik sekali di serata platform.
Sudah tentu, anda memerlukan pasukan yang lebih besar untuk melaksanakan semuanya dengan baik, tetapi ia adalah pelaburan yang memberikan pulangan yang memuaskan untuk perniagaan anda.
3. Apa software yang biasa digunakan untuk pemasaran pengekalan?
Berikut adalah alat yang saya syorkan untuk pemasaran pengekalan:
- Klaviyo atau Mailerlite untuk Pemasaran Emel
- SMSNiaga untuk Pemasaran SMS
- FreshDesk untuk khidmat pelanggan
- Google Forms untuk tinjauan pelanggan
Nota tambahan: Paling crucial yang mungkin anda akan terlepas pandang adalah dengan sentiasa memastikan konten dan newsletter yang anda hasilkan ringkas dan padat untuk memudahkan subscribers anda baca dan hadam maklumat yang penting.
Selain mengamalkan Retention Marketing, anda perlu tekankan kepada bahagian copywriting juga. Jom ketahui lebih lanjut tentang 5 Formula Struktur Copywriting yang digunakan oleh kebanyakan copywriter terkenal.