Salah Faham Tentang Marketing

Kalau kita pernah, atau sedang terlibat dalam dunia bisnes, mesti kita pernah atau selalu dengar istilah ‘marketing’. Atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai ‘pemasaran’. Malah, ada sesetengah universiti yang menjadikan subjek “Marketing” sebagai subjek wajib fakulti kepada pelajarnya, terutamanya yang belajar di fakulti perniagaan.

Dan lebih menarik adalah, bila kita perhalusi lebih dalam, marketing ni tak semestinya melibatkan dunia bisnes semata-mata. Dalam kehidupan seharian yang tak ada kaitan dengan bisnes pun, akan berhadapan dengan teknik atau kaedah marketing secara sengaja atau tak setiap hari.

Contohnya, sebelum kita berjaya ajak kawan atau keluarga untuk makan di kedai makan, atau pergi bercuti, biasanya kita mesti akan yakinkan mereka untuk bertindak. Itulah marketing. 

Marketing sentiasa berlaku setiap hari secara konsisten di sekeliling kita, dan ia berlaku daripada sekecil-kecil perkara seperti beli sehelai baju, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti beli rumah, tukar kerja, dan sebagainya.

Cuma persoalannya, marketing itu apa?

Marketing (pemasaran) Bukan Advertising (pengiklanan). 

Ada sesetengah orang yang salah faham dengan marketing. Macam mana? 

Dengan cara menyempitkan atau merasakan bahawa marketing tu semata-mata advertising atau pengiklanan. Sebenarnya, marketing bukannya advertising, tetapi advertising tu sebahagian daripada marketing. 

Sebab bila kita sebut marketing ini hanyalah advertising sahaja, ia sama seperti kita sebutkan bahawa finance ni hanyalah semata-mata pasal cukai, ataupun HR (sumber manusia) hanyalah semata-mata buang atau terima orang bekerja.

Kita kena faham yang marketing adalah salah satu fungsi utama dalam sesebuah bisnes. Di bawah fungsi marketing, terdapat beberapa bahagian atau segmen penting, antaranya seperti ;

  • Advertising (pengiklanan)
  • Public Relation atau Networking (Bina hubungan) 
  • Market Research (kajian pasaran)
  • Harga
  • Kajian Psikologi Pelanggan
  • Media sosial
  • Testimoni
  • Content Marketing
  • Email Marketing
  • Database Marketing
  • Copywriting
  • Jualan Terus (Direct Selling)

Dan banyak lagi. Maka, bila kita faham keluasan marketing ini macam mana, secara tak langsung kita tahu nak bermula dari mana, nak fokus di mana, dan nak posisikan diri kita di mana.

Apa Sebenarnya Marketing Ini?

Sebelum menjawab tentang apa itu marketing, lebih baik kita tahu 4 ‘tiang seri’ atau asas dalam marketing,

ProdukPerincian apa-apa produk atau servis yang nak dijual.
HargaHarga yang ingin ditawarkan kepada pelanggan.
TempatLokasi di mana produk atau servis nak dijual.
PromosiMana mana nak pastikan produk kita terjual lebih, atau servis kita disukai ramai.

Daripada keempat-empat tiang seri ini, kita boleh menjawab bahawa marketing marketing adalah cara/medium untuk menyampaikan nilai sesuatu produk atau servis kepada pelanggan. 

Marketing sepatutnya menjadi jalan untuk menunjukkan jalan yang jelas kepada pelanggan bagaimana nak selesaikan masalah mereka, apa solusi yang terbaik buat mereka bagi menyelesaikan masalah masing-masing.

Dengan ilmu marketing yang betul, kita boleh memahami kehendak pasaran dan pelanggan. Serta secara tak langsung boleh sentiasa engage atau berhubung dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Jadi, inilah serba sedikit tentang apakah itu marketing dan salah faham tentang marketing. Anda dapat sesuatu daripada tulisan ini?

Moga bermanfaat! 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *