Tips Cari Dana Untuk Masjid

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM (data sehingga 19 Oktober 2021), sebanyak 6,512 buah masjid telah dibina di seluruh Malaysia. Di mana masjid yang paling banyak berdaftar adalah di Sabah, iaitu sebanyak 1,077 dan paling sedikit di Wilayah Persekutuan Putrajaya, iaitu sebanyak 3 buah masjid sahaja.

Kebanyakan masjid ini dibangunkan melalui dana yang disalurkan oleh kerajaan pusat dan negeri, wakaf tokoh korporat dan sumbangan orang ramai. Alhamdulillah, rakyat Malaysia khususnya Muslim sangat prihatin dengan pembangunan masjid di tempat masing-masing.

Cuma persoalannya di sini adalah, macam mana sebuah institusi masjid itu nak mencari dana untuk urusan pentadbiran masjid tersebut selain daripada bergantung harap daripada sumbangan orang ramai?

Di sini kami akan kongsikan 3 tips bagaimana sebuah masjid boleh menjana atau mencari duit untuk pembangunan, ataupun pengurusan sesebuah masjid.

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Menyediakan perkhidmatan dobi layan diri di dalam kawasan masjid atau surau. Servis dobi sangat sesuai kerana ia bersifat evergreen dan boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Bahkan, dengan wujudnya servis dobi, tak perlu AJK masjid bersusah payah untuk bersihkan telekung dan sejadah di tempat lain, boleh basuh di dobi masjid. Selain itu juga, pengguna dobi di masjid tersebut boleh menunaikan solat berjemaah atau mendengar tazkirah di masjid sementara menunggu pakaian siap dibasuh.

Contoh seperti yang dibuat oleh Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tapak Pasar Untuk Peniaga Muslim Jual Beli

Menyediakan tapak pasar untuk peniaga Muslim menjual beli. Dengan kewujudan pasar di kawasan sekitar masjid, aktiviti perniagaan akan semakin rancak, sekaligus ekonomi Muslim tempatan semakin berkembang.

Masjid juga boleh mendapat keuntungan dengan caj sewa tapak dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga, pihak masjid boleh membuka booth sendiri untuk menjual produk sendiri bagi membangunkan untuk ekonomi masjid.

Contohnya seperti yang dijalankan oleh Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Pelaburan Saham Patuh Syariah

Terlibat dalam pelaburan saham yang patuh syariah. Seperti yang dinyatakan oleh al Fadhil Dr. Zulkifli Al-Bakri, bekas Muftil Wilayah Persekutuan, “Hukum melaburkan sebahagian dana masjid melalui tabung-tabung umum adalah harus khususnya apabila hasil kutipan dana masjid melebihi keperluan ahli kariah sedia ada.”

Cuma yang penting, pengurusan pelaburan ini mestilah diuruskan oleh individu yang mahir dan pakar dalam pelaburan yang dilantik oleh masjid.

Namun, untuk elakkan kerunsingan awam berkenaan potensi pelaburan yang terdedah kepada keuntungan dan kerugian, pihak pengurusan masjid digalakkan untuk membuat hebahan dan penerangan awal kepada orang-orang yang bakal menderma melalui pamplet, notis dan lain-lain medium agar segala implikasi tindakan yang dibuat dapat difahami oleh penderma dengan hati terbuka.

Ini adalah tiga tips yang yang kami cadangkan untuk anda mencari dana bagi membangunkan serta mengurus tadbir masjid anda.

Anda dapat sesuatu daripada penulisan ini?

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *