Jentik Emosi Pelanggan dengan Teknik FPHGD dalam Iklan anda
Dalam dunia pemasaran, emosi adalah elemen penting yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian.
Dengan memahami dan menggunakan emosi yang tepat, anda boleh mencetuskan keinginan membeli dari audiens dan meningkatkan keberkesanan copywriting iklan anda.
Artikel kali ini akan membincangkan lima emosi utama yang harus anda gunakan dalam copywriting iklan dan tarik lebih banyak lagi perhatian audiens.
Table of Content:
- Ketakutan (Fear)
- Kebanggaan (Pride)
- Harapan (Hope)
- Rasa Bersalah (Guilty)
- Keinginan (Desire)
1. Ketakutan (Fear)
Manfaatkan ketakutan asas manusia seperti terlepas peluang, tidak dapat bertahan, kehilangan kawalan, dikritik, dan ketinggalan. Fear is a powerful catalyst.
Contoh:
Anda tahu urgensi dalam e-mel, sms atau WhatsApp “Tawaran Terhad”? Itulah ketakutan Fear Of Missing Out (FOMO) yang digunakan dalam kempen.
2. Kebanggaan (Pride)
Serlahkan rasa harga diri dengan memuji citarasa mereka, bersetuju dengan pendapat mereka, menonjolkan kelebihan mereka, mengiktiraf usaha mereka, dan membuat mereka berasa penting. No one can resist a good ego boost.
Contoh:
Jenama mewah sering menekankan elemen exclusivity, yang menarik kebanggaan pengguna dalam memiliki sesuatu yang unik.
3. Harapan (Hope)
Beri harapan kepada orang ramai dengan menunjukkan masa depan yang lebih cerah, menggunakan bahasa aspirasi, dan memberikan bukti tentang apa yang akan dicapai. Hopeful readers are potential buyers.
Contoh:
Program penurunan berat badan sering mempamerkan gambar sebelum dan selepas, memberikan harapan kepada audiens yang inginkan perubahan.
4. Rasa Bersalah (Guilty)
Buat orang merasa bersalah tentang sesuatu seperti tidak menjana wang yang mencukupi, tidak mempunyai tubuh yang diidamkan, atau tidak mencapai potensi sepenuhnya. Use empathy, not criticism.
Contoh:
Kempen alam sekitar dengan berkesan menggunakan rasa bersalah untuk menggalakkan tingkah laku mesra alam tanpa memalukan individu.
5. Keinginan (Desire)
Cetuskan aspirasi dan impian audiens seperti kejayaan, kemewahan, prestij, pengiktirafan, dan kepuasan. Desire drives purchasing decisions.
Contoh:
Iklan kereta sering menggambarkan gaya hidup yang diidamkan dengan memiliki kenderaan tertentu. Emosi ini membantu dalam mencetuskan keinginan dalam kalangan pengguna.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan memahami dan memanfaatkan emosi FPHGD (Fear Pride Hope Guilty Desire), anda boleh mencipta copywriting iklan yang bukan sahaja menarik tetapi juga mampu mendorong pembelian.
Ingatlah, emosi adalah alat yang sangat berkuasa dalam marketing. Menggunakan emosi dengan bijak boleh membawa hasil yang cemerlang untuk kempen anda seterusnya menaikkan jualan anda ke tahap lebih baik.