8 Cara tingkatkan Conversion Rate dengan A/B Testing
Selain tingkatkan conversion rate (CR) melalui struktur copywriting, anda juga boleh naikkan conversion rate (CR) dengan menggunakan A/B Testing. Nak tahu macam mana anda boleh gunakan A/B Testing?
Berikut adalah 8 cara anda boleh meningkatkan performance campaign atau conversion dengan dengan A/B Testing.
Table of Content:
- Tajuk (Headline)
- Panggilan untuk Bertindak (Call-To-Action)
- Cadangan Nilai (Value proposition)
- Panjang Salinan Badan (Body copy length)
- Daya Tarikan Emosi (Emotional appeal)
- Bukti Sosial (Social proof)
- Strategi Penetapan Harga (Pricing strategies)
- Penceritaan (Storytelling)
#1. Tajuk (Headline)
Uji headline anda dari segi nada, panjang ayat, emosi, dan cuba masukkan nilai nombor untuk menarik perhatian audiens yang optimal.
#2. Panggilan untuk Bertindak (Call-to-action CTA)
CTA adalah penting untuk kadar klik (click rate) dan pembelian (purchase) yang lebih tinggi. Uji CTA anda dengan pelbagai tona bahasa copywriting, posisi, reka bentuk, unsur urgensi, termasuk unsur promosi yang terhad.
#3. Cadangan Nilai (Value Proposition)
Uji pelbagai cara menyampaikan nilai atau mesej produk anda: Cuba pelbagai format, senarai manfaat, dan masalah yang boleh diselesaikan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan dalam menarik minat kumpulan sasaran atau group targeting anda.
#4. Panjang Kandungan Konten (Body Copy Length)
Cari keseimbangan antara information vs engagement: Bandingkan keberkesanan konten pendek dengan konten panjang. Tujuannya adalah untuk menentukan panjang ideal yang dapat mengekalkan minat dan penglibatan prospek.
#5. Daya Tarikan Emosi (Emotional Appeal)
Sentuh perasaan dan emosi prospek: Uji penggunaan emosi seperti ketakutan, kemarahan, dan keinginan. Cipta konten yang boleh membina hubungan rapat dengan prospek anda.
#6. Bukti Sosial (Social Proof)
Bina kepercayaan: Uji keberkesanan kandungan buatan pengguna (User Generated Content UGC), testimoni, dan case study. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bahawa orang lain telah membeli dan menemui nilai dalam produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
#7. Strategi Penetapan Harga (Pricing Strategies)
Tingkatkan kadar penukaran (conversion rate): Bandingkan keberkesanan pelbagai tawaran seperti diskaun, bonus, dan pilihan pakej. Tujuannya adalah untuk menemui pendekatan penetapan harga (pricing strategies) yang paling menarik untuk prospek.
#8. Penceritaan (Storytelling)
Pukau prospek melalui cerita: Uji pelbagai elemen penceritaan seperti jenis cerita, watak, dan struktur naratif dalam kandungan anda. Tujuannya adalah untuk merangsang emosi dan meningkatkan engagement dari prospek.
Kesimpulannya, berikut adalah cara-cara untuk anda naikkan lagi conversion rate untuk produk atau perkhidmatan anda melalui A/B Testing. Pastikan anda ikuti setiap 8 tips di atas.
One Comment