Opens in a new tab

4 Teknik Prompt ChatGPT Untuk Jadikan Iklan Anda Lebih Power

23 September 2024

Apa itu 4 Teknik Prompt ChatGPT untuk jadikan Iklan saya lebih power daripada pesaing? Berikut adalah 4 Cara untuk Anda Manfaat Kuasa ChatGPT bagi Memperbaiki Copywriting Anda Supaya Lebih Power di mata pelanggan:

1. Memendekkan Teks

Matlamat: Memadatkan teks anda untuk clarity dan impak yang lebih besar.

Fokus pada:

  • Ayat yang kompleks
  • Frasa berulang
  • Perenggan yang panjang

Contoh arahan: Pendekkan [frasa/ayat/perenggan] dalam teks saya.

2. Mencari Alternatif Perkataan

Matlamat: Cari sinonim yang lebih baik untuk mempertingkatkan readability dan daya tarikan.

Gantikan:

  • Perkataan pengisi (Fillers)
  • Jargon
  • Klise (Clichés)
  • Kata keterangan (Adverbs)

Contoh arahan: Berikan alternatif [adjektif] untuk perkataan [perkataan] dalam teks ini.

3. Melakukan Kajian

Matlamat: Kumpulkan maklumat terperinci target audience untuk menyesuaikan copywriting anda.

Pertimbangkan:

  • Minat
  • Tabiat (Habits)
  • Nilai
  • Tidak suka (Dislike)
  • Tingkah laku
  • Cabaran
  • Kesakitan
  • Aspirasi
  • Demografi

Contoh arahan: Cipta profil pelanggan ideal untuk [sasaran audiens].

4. Menjana Idea

Matlamat: Hasilkan pelbagai elemen copywriting untuk kekalkan potensi engagement content anda.

Lakukan ini untuk:

  • CTA (Call-to-Action)
  • Cerita
  • Pendahuluan
  • Sudut/Angle
  • Tajuk utama

Contoh arahan: Jana beberapa idea [elemen] untuk teks ini.


Menggunakan ChatGPT untuk memperbaiki copywriting atau ayat Iklan anda bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga membantu meningkatkan kualiti dan impak teks anda.

Jom bersama memanfaatkan teknologi terkini sama ada anda ingin memendekkan ayat, mencari perkataan yang lebih tepat, memahami audiens dengan lebih baik atau menghasilkan idea kreatif, ChatGPT pasti menawarkan penyelesaian yang praktikal dan mudah. 

Kongsi pandangan anda

Buntu nak naikkan jualan syarikat?

Mari kami bantu analisa Strategi Kempen Pemasaran Digital syarikat anda, dan bantu tingkatkan jualan!
Hubungi Kami