Macam mana cara saya turunkan Customer Acquisition Cost (CAC) iklan saya, supaya lebih menguntungkan?
Dalam dunia paid advertising, salah satu faktor yang memainkan peranan penting untuk sesebuah kempen iklan adalah Customer Acquisition Cost (CAC) – Kos untuk dapatkan satu pelanggan.
Jika anda sedang mengalami kesukaran dalam memperoleh kos yang rendah bagi satu pelanggan anda, artikel ini untuk anda.
Sebenarnya, untuk memperoleh Customer Acquisition Cost yang rendah, anda perlu memperkukuhkan keperluan asasnya (fundamental) terlebih dahulu. Kemudian barulah anda perlu fokus pada keberkesanan bahan kreatif.
Jom kita dalami tips untuk kurangkan Customer Acquisition Cost untuk iklan anda.
Table of Content:
- Produk Yang Ideal
- Targeting Yang Spesifik
- Kumpul Alamat Emel
- Maklum Balas Pantas
- Hasilkan Landing Page
- Kukuhkan Elemen Asas
- Pelbagaikan Format Kreatif
- Semak Click-Through Rate (CTR)
#1. Produk Yang Ideal
Pertama sekali, anda perlu mempunyai produk yang menyelesaikan masalah, dan memenuhi market yang spesifik.
Jika anda sasarkan kempen kepada semua lapisan audiens, terutamanya jika anda sebuah syarikat startup, ia adalah satu kesilapan. Langkah ini akan membuatkan kempen anda berpotensi untuk tersasar dari audiens yang sepatutnya.
#2. Targeting Yang Spesifik
Jika anda mempunyai bajet yang terhad seperti kebanyakan syarikat startup, cuba uji satu tawaran (offer) pada satu masa dengan target yang sangat spesifik—maksudnya, bina landing page yang khusus yang boleh berhubung dengan target spesifik anda.
Kemudian, anda boleh jalankan pelbagai ujian pada offer, audiens, dan sebagainya apabila modal anda bertambah.
#3. Kumpul Emel dan Nombor Telefon
Pastikan anda mempunyai saluran Emel dan SMS yang stabil yang membolehkan anda mengumpul emel dan nombor telefon dari audiens. Langkah ini penting kerana kebanyakan audiens yang pertama kali melawat laman web anda tidak akan membeli daripada anda. Audiens yang berpotensi akan memerlukan masa untuk mempercayai jenama anda.
#4. Maklum Balas Pantas
Sila pastikan anda membalas persoalan daripada setiap pelanggan anda dan selesaikannya secepat mungkin. Anda perlu memastikan pelanggan anda mendapat layanan yang baik supaya pengalaman mereka bersama jenama anda boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. Ini merupakan teras utama untuk syarikat startup dalam memulakan bisnes.
#5. Hasilkan Landing Page
Anda juga digalakkan untuk membawa traffic audience anda ke landing page yang berasingan. Elak dari menggunakan laman web utama atau product details page (PDP). Langkah ini akan mengurangkan customer acquisition cost (CAC) anda dengan ketara. Sila pastikan Landing Page tersebut mempunyai elemen-elemen yang diperlukan seperti struktur copywriting yang baik. Anda boleh rujuk struktur copywriting yang berkesan.
#6. Kukuhkan Elemen Asas
Jika langkah-langkah asas ini terjaga, ini, anda akan berada dalam situasi yang lebih baik untuk jalankan kempen iklan berbayar seperti Meta Ads, TikTok Ads, dan Google Ads. Mendapatkan perhatian audiens merupakan satu persaingan yang sengit dan mahal. Pastikan anda mempunyai persedian yang lengkap supaya anda dapat memanfaatkan setiap impression dan klik dari audiens anda.
#7. Pelbagaikan Format Kreatif
Jangan berpegang kepada satu bentuk kreatif sahaja seperti video UGC. Ramai Digital Marketer melakukan kesilapan ini. Pastikan anda juga menguji gambar statik, video cerita pengasas (founder story), dan format lain-lain juga. Kenali jenis konten yang lebih berkesan dan manfaatkan konten tersebut.
#8. Semak Click-Through Rate (CTR)
Jika anda mempunyai click-through rate (CTR) yang tinggi, masalahnya bukan pada iklan tersebut tapi masalahnya ada pada landing page atau laman web anda. Jika anda mempunyai click-through rate (CTR) yang rendah, maka itulah saat anda perlu tambah baik pada keseluruhan kempen iklan anda.
8 perkara ini boleh dijadikan checklist penting yang perlu dipenuhi untuk mengurangkan Customer Acquisition Cost (CAC).
Anda juga perlu menghasilkan sales page dan sales letter yang baik supaya tiada ruang untuk seseorang prospek kurang berminat kepada produk anda atau rasa ragu-ragu untuk membeli. Jom ketahui tips untuk hasilkan Landing Page atau Sales Page yang berkesan.