4 Tips Kutip Sumbangan Untuk Masjid Tanpa Perlu Edar Tabung
Setiap masjid di Malaysia pasti mempunyai keperluan yang pelbagai, sama ada dari sudut fasiliti seperti karpet, kipas, Al-Quran, pembesaran keluasan masjid dan seumpamanya, sudut utility seperti bil elektrik dan air, hinggalah sudut pengurusan seperti membayar gaji imam, dana program, dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan kos yang kadang kala mencecah puluhan hingga ratusan ribu.
Sudah pasti, tidak cukup untuk pihak masjid sekadar mengharapkan sumbangan atau derma daripada masyarakat ketika solat Jumaat, secara persendirian, wakaf ataupun seumpamanya. Pihak pengurusan, iaitu AJK masjid dan surau mesti memikirkan platform atau inisiatif yang lain dalam mendapatkan sumbangan untuk masjid.
Betul tak?
Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan 3 tips bagaimana nak dapatkan sumbangan untuk masjid dan surau selain daripada cara konvensional ;
1. Membuat Proposal Yang Profesional.
Untuk apa buat proposal ini? Sudah pasti, proposal ini akan digunakan untuk dibentangkan kepada badan kerajaan, syarikat korporat atau tokoh-tokoh terkemuka untuk meminta sumbangan dana secara khusus daripada mereka.
Nyatakan di dalam proposal tersebut ke mana dana ini akan digunakan, bagaimana akan diuruskan, cadangan pengurusan, timbal balas kepada penyumbang, dan segala maklumat penting yang diperlukan.
Semakin jelas, terperinci dan meyakinkan apa yang ditulis di dalam proposal tersebut, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan sumbangan.
2. Bangunkan Konten Di Media Sosial
Di zaman media sosial ini, institusi masjid dan surau tidak boleh ketinggalan menguasai arus media sosial. Tak kira mana-mana platform sekalipun, sama ada Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram, Tik Tok, dan sebagainya.
Kuasai satu platform terlebih dahulu, kemudian kuasai platform tersebut dengan membangunkan konten yang konsisten setiap hari. Konten apa? Terpulang. Boleh jadi tazkirah, tips, nasihat, hukum hakam, dan sebagainya. Semua ini bagi memastikan orang awam nampak bahawa masjid dan surau aktif. Dan di situ akan terbinanya ‘trust’, iaitu keyakinan tentang pengurusan masjid dan surau.
Seterusnya, barulah pihak masjid dan surau boleh meminta sumbangan di setiap content yang dikeluarkan.
3. Membangunkan Website Khas Masjid
Seiring dengan perkembangan zaman, setiap masjid seharusnya mempunyai laman sesawang (dikenali sebagai website) tersendiri. Website ini akan memaparkan info berkaitan masjid, tazkirah ringkas, penulisan, aktiviti semasa masjid dan juga pautan khas untuk meminta sumbangan ramai.
Dengan wujudnya website ini akan menjadikan penyumbang lebih yakin untuk memberikan sumbangan kepada masjid. Ini kerana mereka tahu dan nampak ke mana wang yang disumbangkan itu akan disalurkan. Masjid juga akan mendapat penyumbang bukan sekadar dari penduduk lokal, bahkan seluruh Malaysia.
4. Pengiklanan Digital
Apabila sesebuah masjid atau surau berjaya membangunkan konten di media sosial dan website khas buat masjid, mungkin sudah tiba masanya untuk mengiklankan sumbangan yang diperlukan secara digital. Pengiklanan boleh berfokus kepada Facebook & Instagram Ads, Google Ads, dan seumpamanya.
Dengan menjalankan pengiklanan secara digital, pihak masjid boleh mendapatkan sumbangan dengan lebih maksimum oleh rakyat Malaysia dengan lebih tinggi serta mempercepatkan lagi progress masjid untuk menjayakan sesuatu projek.
Contohnya, jika masjid ingin mencari dana untuk membesarkan ruang solat dan memerlukan dana sebanyak RM100,000.00, sekiranya hanya bergantung kepada sedekah di masjid atau sedekah jumaat semata-mata, mungkin memerlukan masa lebih dari 5-6 bulan untuk mencukupkan dana yang diperlukan. Atau mungkin lebih lagi.
Tetapi jika masjid menjalankan pengiklanan digital seperti Facebook Ads, masa yang diperlukan untuk mengutip dana dapat dipercepatkan sekiranya Return of Ads Spending (ROAS) mencapai lebih dari 3.0 setiap minggu.
Ini adalah 4 tips bagaimana boleh mendapatkan sumbangan untuk Masjid tanpa perlu edar tabung atau bergantung harap kepada tabung masjid semata-mata. Anda memerlukan perkhidmatan pengiklanan digital daripada kami? Kami di Reka Digital bersedia untuk membantu. Hubungi kami segera.
Anda dapat sesuatu dalam tulisan ini? Moga manfaat.
Assalammualaikum… Merujuk kepada perkara diatas, bagaimana permohonan bagi mendapatkan dana pembangunan masjid?
Terima kasih
Waalaikumussalam, permohonan kepada pihak yang mana?