Tips Copywriting Berkesan: Tentukan Clear Expectation Dari Awal
Menetapkan expectations yang jelas sejak permulaan adalah salah satu strategi copywriting yang paling berkesan.
Ia memastikan pelanggan memahami apa yang mereka akan terima, seterusnya meningkatkan kepuasan, kepercayaan, dan potensi jualan.
Berikut adalah cara untuk meletakkan jangkaan dalam copywriting:
1. Nyatakan Apa yang Mereka Dapat:
Sediakan butiran tentang faedah, ciri, dan hasil yang akan diperoleh. Pastikan audiens anda faham sepenuhnya nilai yang akan mereka terima. Contoh:
- “Dengan pakej ini, anda akan menikmati sokongan pelanggan 24/7, yang bermaksud anda boleh menghubungi kami bila-bila masa jika ada masalah.”
- “Antara muka yang mesra pengguna membolehkan anda menguruskan akaun dengan mudah, tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal.
- “Kami juga menawarkan jaminan wang dikembalikan selama 30 hari, jadi anda boleh mencuba produk ini tanpa sebarang risiko.”
Dengan menyenaraikan secara spesifik apa yang pelanggan akan dapat, anda memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka membuat keputusan yang tepat.
2. Jelaskan Apa yang Mereka Tidak Akan Dapat:
Terangkan sebarang limitations atau exclusion untuk mengelakkan salah faham. Contoh:
- “Pelan ini tidak termasuk akses kepada ciri premium. Sila “add on” jika anda perlukan alat tambahan.
- “Konsultasi peribadi tidak termasuk dalam pakej ini, tetapi anda boleh menambahnya dalam “add-on”.”
Dengan menyatakan batasan ini secara terbuka, pelanggan dapat membuat keputusan dengan lebih teliti, dan ia membantu mengurangkan risiko refund atau dissatisfaction.
3. Mengapa Ini Penting:
Menetapkan jangkaan yang jelas dari awal memberikan dua kebaikan penting:
- Mengurangkan Kekeliruan
Pelanggan yang tahu dengan tepat apa yang mereka akan dapat dan tidak dapat akan mengurangkan kekeliruan dan risiko salah faham semasa membuat pembelian. - Meningkatkan Kepercayaan
Expectation yang jelas membantu membina hubungan kepercayaan antara jenama dan pelanggan. Apabila mereka merasa yakin dengan apa yang mereka beli, mereka lebih cenderung untuk terus membeli dan mencadangkan kepada orang lain.
Secara keseluruhannya, menetapkan jangkaan yang jelas akan memudahkan perjalanan pelanggan dan meningkatkan peluang untuk menghasilkan lebih banyak jualan dengan mengekalkan kepercayaan pelanggan.