Rahsia Copywriting Yang Win: Tukar “Kami” kepada “Anda”
Sebagai copywriter, salah satu cara paling berkesan untuk menarik perhatian audiens adalah dengan mengalihkan fokus copywriting dari berkaitan dengan syarikat kepada kaitannya kepada prospek.
“Me.. Me.. Me” tukar ke “You, you, you”
Apabila kita terlalu banyak menggunakan ayat yang bermula dengan “kami,” kita sebenarnya menekankan tentang diri kita, bukan tentang audiens kita.
Sebagai contoh, daripada menulis, “Kami mempunyai koleksi baru,” cuba ubah kepada “Anda pasti akan menyukai koleksi baru kami.”
Ayat ini bukan sahaja lebih mesra, tetapi juga lebih menarik kerana ia berfokus kepada keperluan dan keinginan pelanggan.
Pendekatan ini penting kerana prospek anda lebih berminat dengan bagaimana produk atau perkhidmatan anda dapat meningkatkan kehidupan mereka.
Dengan memberi keutamaan kepada perspektif mereka, anda dapat mencipta hubungan yang lebih erat dan membina kepercayaan dalam komunikasi anda.
Ingat, dalam setiap komunikasi, letakkan diri anda di tempat pelanggan.
Fikirkan bagaimana anda boleh membantu mereka.
Gunakan bahasa yang menjadikan mereka sebagai pusat perhatian. Inilah cara untuk menulis copywriting yang bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga meninggalkan impak yang mendalam dan seterusnya membantu anda meningkatkan jualan kepada peringkat yang lebih baik daripada sekarang.
Ayuh mari mulakan sekarang, tukar “Kami” kepada “Anda” dalam setiap copywriting anda bermula hari ini. Semoga bermanfaat, anda digalakkan berkongsi strategi ini kepada kenalan yang mungkin hadapi masalah yang sama.