Rahsia Copywriting: Ubah Perspektif dengan Kongsikan Manfaat Produk
Dalam dunia pemasaran, penting untuk menyampaikan manfaat produk dan perkhidmatan dengan cara yang berkesan.
Daripada hanya menyatakan ciri-ciri produk, cuba anda tekankan gambaran dan perspektif yang lebih besar.
Apa perspektif yang lebih besar tersebut? Ini contoh mahal.
Contohnya, daripada berkata “Ia jimatkan masa dan kerja harian,” anda boleh menyatakan “Ia kurangkan tanggungan kerja setiap bulan.”
Kenapa mahal dan sangat penting? Kerana cara ini dapat memberikan perspektif yang lebih mendalam tentang value sebenar yang ditawarkan.
Cara Penggunaan Teknik Ini:
- Kenalpasti Manfaat Utama: Fahami manfaat utama yang ditawarkan oleh produk dan perkhidmatan anda.
- Perbesarkan Kesannya: Hitung manfaat tersebut dalam jangka masa yang lebih panjang (contohnya, mingguan, bulanan, tahunan).
- Bandingkan dengan Konteks yang Dikenali: Kaitkan manfaat tersebut dengan sesuatu yang mudah difahami oleh audiens anda (contohnya, masa yang dijimatkan bersamaan dengan satu percutian, wang yang dijimatkan bersamaan dengan satu gajet baru).
- Uji dan Tambah Baik: Gunakan A/B Testing untuk melihat perspektif mana yang lebih menarik minat audiens anda.
Mengapa Ini Berkesan:
Dengan meletakkan manfaat dalam perspektif yang lebih luas, audiens anda akan lebih memahami value sebenar yang anda tawarkan, menjadikan mesej anda lebih meyakinkan dan lebih berkesan seterusnya meningkatkan jualan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Cubalah bermula hari ini untuk ubah perspektif dengan kongsikan manfaat produk anda, elakkan terlalu fokus kepada ciri-ciri produk.