Kepentingan Membina Customer Avatar untuk Kempen Iklan Anda
Tahukah anda ada banyak tips yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan sebuah kempen ads yang winning.
Untuk perkongsian kali ini, saya akan huraikan satu tips yang penting untuk buat Iklan Direct Response yang berkesan.
Elemen ini mampu memberikan kesan yang sangat positif untuk iklan anda! Jom kenali apa elemen ini dan bagaimana cara untuk gunakannya dalam kempen iklan anda.
Customer Avatar Khusus
Ramai yang tak tahu, sebenarnya ada satu kesilapan yang sering dilakukan oleh Digital Advertiser dalam menjalankan sebuah kempen iklan, iaitu penggunaan Specific Customer Avatar.
Kesilapan ini juga menjadi semakin meluas dengan kehadiran Broad Targeting di Meta. Penggunaan Broad Targeting di Meta adalah tidak seluas yang disangkakan.
Broad Targeting secara amnya menyasarkan iklan anda mengikut interest audiens tetapi fungsi ini sebenarnya hanya menyasarkan iklan tersebut pada tahap konten anda sahaja, dimana ia sepatutnya juga menyasarkan ads mengikut minat audiens terhadap produk anda.
Dengan kesilapan ini, iklan anda tidak dapat dipaparkan kepada audiens yang meluas. Terutamanya jika anda fokus kepada objektif Ads Purchase atau Sales, yang mana ia sangat penting dalam Iklan Direct Response.
Biasanya, iklan anda tidak akan berkesan sekiranya anda menetapkan setting targeting everyone untuk kempen iklan anda.
Apa yang anda perlu buat adalah menetapkan targeting mengikut spesifikasi profile pelanggan anda yang khas mengikut niche product anda.
Kemudian dengan profil pelanggan tersebut, biarkan algorithm platform mencari audiens yang lebih kurang sama dan berpotensi untuk berasa tertarik dengan iklan product anda.
Penting untuk anda benar-benar memahami profile bakal pelanggan anda. Bukan sahaja anda perlu hasilkan konten yang menarik minat audiens, tapi anda juga perlu mencari sebab-sebab yang membuatkan pelanggan berminat dengan produk atau servis anda.
Lebih baik lagi kalau anda dapat ciptakan satu kaitan emosi yang mendalam dalam kempen iklan anda. Langkah ini juga penting untuk membina elemen sentimental yang boleh membuatkan pelanggan lebih terkesan dengan iklan produk anda.
Mengikut tips ini, adalah lebih baik jika anda boleh tugaskan seseorang dalam tim Advertiser anda untuk jalankan penyelidikan pelanggan. Tugas ini akan melibatkan analisis review, social media feedback, dan customer support interactions termasuk menghubungi pelanggan untuk tanyakan soalan-soalan tertentu yang lebih mendalam terhadap niche produk anda.
Mungkin jalan yang terbaik juga adalah dengan menjalankan iklan content-based targeting. Mungkin anda mempunyai pelbagai jenis pelanggan atau customer avatar yang membeli produk anda atas sebab-sebab yang berbeza.
Katakanlah anda menjual kasut ortotik buatan khas. Ada pelbagai masalah yang boleh diselesaikan dengan membeli kasut ortotik yang mungkin menarik minat customer avatar yang berbeza termasuk;
1. Wanita mengandung yang mengalami sakit kaki
2. Pelari yang mengalami sakit tumit
3. Doktor dan jururawat yang berdiri sepanjang hari
4. Orang yang mengalami sakit belakang
Daripada hanya membuat iklan yang terlalu umum atau general seperti “kasut yang boleh menghilangkan sakit kaki”, anda boleh menggunakan bahan kreatif yang berbeza untuk membenarkan iklan anda terpapar ke avatar dan audiens yang lebih meluas dengan kandungan yang berpotensi menarik perhatian mereka.
Kesimpulannya, pastikan anda menggunakan Broad Targeting dengan sebetulnya. Jangan lupa untuk investigate latar belakang pelanggan yang berpotensi untuk anda dapatkan perhatian mereka dengan iklan anda.