Product Manager (Full Time) (Leadership Role)

  • Job Description:
    • Sebagai Product Manager di agensi pemasaran kami, anda akan bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, dan mengurus strategi pembangunan produk yang bersesuaian dengan keperluan klien dan servis syarikat. Anda akan bekerja rapat dengan pasukan advertiser, graphic designer, dan copywriter untuk memastikan produk yang dilancarkan memenuhi kehendak pasaran dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
  • Responsibilities:
    • Merancang dan mengurus pembangunan produk digital termasuk mengawasi life cycle produk, daripada konsep awal hingga pelancaran dan peningkatan seterusnya.
    • Bekerjasama dengan pasukan kreatif, pemasaran, pembangunan, dan teknikal untuk memastikan produk memenuhi kehendak pelanggan serta objektif perniagaan.
    • Membangunkan strategi produk jangka pendek dan panjang yang selaras dengan visi syarikat serta keperluan pasaran.
    • Menjalankan penyelidikan pasaran seperti mengenal pasti keperluan pelanggan, menganalisis pesaing, dan mencari peluang inovasi dalam industri pemasaran digital.
    • Mengurus backlog produk termasuk ciri-ciri dan fungsi produk berdasarkan impak perniagaan dan maklum balas pengguna.
    • Menentukan spesifikasi produk dan menyelaraskan keperluan teknikal bersama pasukan pembangunan.
    • Memantau prestasi produk menggunakan alat analitik untuk menilai keberkesanan produk dan mencadangkan penambahbaikan.
    • Bertindak sebagai customer voice untuk pastikan produk memenuhi jangkaan dan meningkatkan pengalaman pengguna.
  • Requirement and Skills:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Business, Marketing, Product Management, atau bidang yang berkaitan.
    • Pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun dalam peranan Product Management, khususnya dalam industri pemasaran digital atau agensi kreatif.
    • Familiar dengan tools analytics seperti Google Analytics, Microsoft Clarity, Google Workspace, atau alat pemantauan prestasi produk lain.
    • Kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
    • Pemahaman mendalam tentang pemasaran digital dan kreatif – Berpengetahuan luas tentang aliran terkini dalam pemasaran digital, pengalaman pengguna, dan pengurusan jenama.
    • Kemahiran analitik yang kuat – Mampu menginterpretasikan data pelanggan, analisis pasaran, dan metrik produk untuk memacu keputusan strategik.
    • Kepakaran dalam pengurusan projek dalam industri digital marketing & creative.
  • Maklumat Syarikat
    • Nombor Pendaftaran Syarikat: Reka Digital Sdn Bhd (1426928-H)
    • Industri Creative & Digital Marketing
    • Lokasi: Kota Warisan, Sepang
    • Dress Code: Casual
    • Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
  • Job Type: Fulltime
  • Expected Salary: RM 4,000 – RM5,000 / Monthly
  • Benefits:
    • Career Growth
    • EPF & Socso
    • Quarterly Sales Incentive
    • Annual Loyalty Bonus
Job Type: Full Time
Job Category: Admin
Job Location: Kota Warisan Sepang

Apply for this position

Allowed Type(s): .pdf, .doc, .docx