Ini Dia 5 Formula Copywriting Yang Efektif Untuk ‘Pancing’ Pembaca
Selalu kematian idea untuk hasilkan copywriting? Tak pasti nak guna cara apa supaya audience baca copywriting sampai ke penghujung?
Artikel ini ada penyelesaiannya!
Anda WAJIB hasilkan copywriting dengan menggunakan struktur atau formula penulisan copywriting yang telah terbukti berkesan dan banyak digunakan oleh copywriter lain.
Ingat, copywriting bukan sekadar untuk berkongsi info dengan audience, tapi juga untuk melahirkan minat mereka untuk mengambil sesuatu tindakan sama ada membeli, melanggan atau sebagainya.
Dalam artikel kali ini, saya kongsikan 5 formula ataupun teknik penulisan copywriting yang efektif untuk memancing audience.
#1 TEKNIK AIDA/AIDCA
A : Attention (Perhatian) – Pancing prospek dengan tajuk yang hebat.
I : Interest (Minat) – Tarik perhatian pembaca dengan sesuatu yang baru atau menarik.
D : Desire (Keinginan) – Goda hati mereka supaya ingin mendapatkan apa yang anda tawarkan.
A : Action (Tindakan) – Ajak mereka untuk mengambil tindakan.
Dalam struktur yang sama turut boleh ditambah dengan C – Conviction sebelum memasuki A – Action, menjadikannya AIDCA.
C: Conviction (Keyakinan) – Conviction dapat menghilangkan rasa skeptikal pembaca sekali gus meningkatkan keyakinan untuk membeli, membuat sumbangan dll (bergantung kepada jenis copywriting). Antara teknik yang boleh digunakan adalah testimoni, statistik dan jaminan.
#2 TEKNIK PASTOR
P : Problem (Masalah) – Nyatakan masalah yang dihadapi audience.
A : Amplify (Besarkan) – Besarkan masalah tersebut.
S : Solution (Penyelesaian) – Jelaskan bagaimana masalah ini boleh diselesaikan.
T : Testimonials (Testimoni) – Kongsikan pengalaman orang lain yang pernah menggunakan penyelesaian sama (produk/perkhidmatan anda) untuk membantu kredibiliti.
O : Offer (Tawaran) – Terangkan dengan lanjut apa yang anda tawarkan.
R : Response (Respon/Tindakan) – Sama seperti CTA/Action, nyatakan tindakan yang perlu pembaca ambil.
#3 Teknik PAS
P : Problem (Masalah) – Jelaskan dengan terperinci mengenai sesuatu masalah.
A : Agitation (Agitasi/Pergolakan) – Besarkan masalah tersebut, gunakan bahasa beremosi untuk menunjukkan kekecewaan, kesusahan dll disebabkan masalah ini.
S : Solution (Penyelesaian) – Selesaikan masalah dengan produk/khidmat anda.
#4 TEKNIK PPPP (4P)
P : Promise (Janji) – Nyatakan janji terbesar anda kepada audience. Apa yang produk anda akan lakukan.
P : Picture (Gambarkan) – Jelaskan bagaimana ia dapat mengubah kehidupan audience.
P : Proof (Buktikan) – Kata semata-mata tidak cukup, sokong janji yang dibuat dengan bukti. Gunakan teknik seperti dalam Conviction (struktur #1) seperti jaminan, testimoni dll.
P : Push/Pitch – Tekankan kembali kesan positif penggunaan produk anda dan kenapa perlu bertindak sekarang. Masukkan juga tawaran menarik seperti diskaun, bonus dll.
#5 TEKNIK ACCA
A : Awareness (Kesedaran) – Buatkan pembaca sedar tentang masalah yang dihadapi.
C : Comprehension (Kefahaman) – Jelaskan bagaimana masalah ini boleh memberi kesan kepada pembaca dan nyatakan bagaimana anda dapat menyelesaikan masalah ini.
C : Conviction (Keyakinan) – Yakinkan pembaca untuk gunakan solusi yang anda tawarkan.
A : Action (Tindakan) – Ajak mereka untuk mengambil tindakan.
Sebenarnya ada banyak lagi teknik lain yang boleh diaplikasikan dalam penulisan copywriting. Tetapi, hanya dengan mengetahui lima teknik ini anda sudah boleh mula menghasilkan ayat ‘pancing’ yang dapat menarik perhatian pembaca.
Namun jangan lupa, tahu teknik ini sahaja masih tidak cukup untuk dapatkan hasil iklan yang diinginkan. Sekiranya anda menulis copywriting untuk kempen NGO, boleh baca artikel ini Tips Copywriting NGO: 8 Headline Ini Terlampau Power Untuk Kempen.
Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami.
7 Comments