Copywriting Jadi Lebih Mudah dengan Formula 4W 1H
Copywriting Jadi Lebih Mudah dengan Formula 4W 1H? Penulisan iklan tak perlu rumit, cuma perlukan struktur yang jelas.
Ini panduan ringkas untuk membantu anda menulis Ads Copy dengan lebih berkesan.
Rahsia Formula 4W 1H – Copywriting 101
1. Siapa sasaran anda? (Who)
Langkah pertama ialah mengenal pasti siapa yang anda mahu sasarkan. Fahami siapa mereka, apa yang mereka perlukan, dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka.
2. Apa masalah mereka? (What)
Tumpukan kepada isu atau cabaran yang dihadapi oleh audiens anda. Fahami masalah yang mereka hadapi supaya anda boleh menulis copywriting atau ayat iklan yang lebih relevan.
3. Kenapa perlu pilih anda? (Why)
Beritahu bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Hubungkan masalah mereka dengan manfaat penyelesaian anda.
4. Bagaimana produk anda berfungsi? (How)
Terangkan secara ringkas bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh membantu. Tunjukkan bahawa anda adalah penyelesaian terbaik untuk mereka.
5. Apa tindakan seterusnya? (Where)
Akhir sekali, beri arahan atau CTA yang jelas. Contohnya, minta mereka klik pautan, daftar sekarang, atau buat tempahan. Pastikan Click-to-action (CTA) anda mudah difahami dan meyakinkan.
Penulisan ads copy nampak mudah, tapi memerlukan fokus dan pemahaman yang baik tentang audiens anda. Dengan struktur ini, anda boleh mula menulis dengan lebih berkesan dan seterusnya menaikkan jualan ke tahap yang lebih baik.