Kenapa Bad Marketing Bukan Pilihan Terbaik?
Di Malaysia, sama ada secara sengaja atau pun tidak, kita mungkin pernah terjumpa sekurangnya sekali ‘Bad Marketing’ yang dibuat oleh peniaga untuk melariskan produk. Tak kisah sama ada ia viral atau pun tidak.
Contohnya kes seperti ;
- Seorang artis melancarkan tudung di Zouk,
- Pemilik butik yang buat sesi fotografi baju pengantin di kawasan perkuburan,
- Pereka jubah yang melancarkan “Jubah Sado”
- Jutawan pondan yang buat pelbagai kontroversi untuk mendapatkan follower dan melariskan jualan produknya.
- Jutawan kosmetik yang menaja kelab bola kemudian buat syarat yang kontroversi.
Dan banyak lagi yang berlaku. Ini antara study case berkaitan bad marketing yang pernah dan telah berlaku di Malaysia. Mungkin sebahagiannya anda telah sedia maklum, dan mungkin ada yang baru tahu.
Apa Ciri-Ciri Bad Marketing?
Sebelum kita menjalankan sesuatu idea pemasaran (marketing), sekurangnya kita mesti kenal pasti apa ciri-ciri bad marketing supaya teknik marketing kita tidak terpalit dengan ciri-ciri ini. Antaranya seperti ;
- Menipu countdown sales di website. Sedangkan sales tersebut tidak akan habis.
- Buat pelancaran produk di tempat yang tidak sepatutnya.
- Menipu tarikh tutup pelancaran sesuatu produk. Kita maklumkan pada pelanggan akan tutup pada tarikh A. Tetapi setelah tiba tarikh A, kita sengaja tak nak tutup dan membiarkan hingga tarikh B.
- Menipu tentang pemberian Giveaway atau pemberian hadiah seperti cabutan bertuah.
- Menggunakan model yang mencolok mata.
- Ayat copywriting atau pengiklanan berunsur lucah atau mengganggu sensitiviti masyarakat. Contohnya seperti sensitiviti agama, kaum, dan seumpamanya.
- Menggunakan bahasa kasar dan kesat serta merendahkan sesuatu pihak dalam pengiklanan.
- Khidmat pelanggan yang berkasar dengan klien.
Dan lain-lain. Ini antara ciri-ciri bad marketing yang seboleh mungkin untuk dielakkan wujud dalam marketing kita.
Apa kesan bad marketing ini?
- Produk nampak murah dan tiada kualiti.
- Buatkan pelanggan dan prospek rasa meluat.
- Ia tidak membantu pelanggan menyelesaikan masalah.
- Menghakis kesetiaan dan kepercayaan pelanggan.
- Merosakkan jualan.
- Memendekkan jangka hayat perniagaan.
- Memberikan persepsi yang buruk kepada prospek berkaitan bisnes kita.
Dan sebagainya. Ini antara kesan yang boleh menjadi kanser dalam bisnes kita. Anda pernah melakukan bad marketing?
Masih belum terlambat untuk menukar kaedah marketing.
Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini?
Moga bermanfaat.