7 Strategi Leverage Influencer untuk Naikkan Jualan Anda
Dalam trend dunia marketing sekarang ini, kita semua tahu betapa pentingnya kehadiran influencer dalam setiap kempen marketing online, samada lead gen mahupun e-com.
Kenapa hal ini boleh berlaku?
Ini kerana setiap influencer mampu berhubung dengan followers mereka pada tahap peribadi. Content yang dihasilkan oleh influencer jauh terasa lebih dekat, ringkas dan mudah difahami oleh followers.
Followers mereka juga mempercayai credibility terhadap influencer, membuatkan iklan melalui influencer ini jauh lebih berkesan berbanding iklan yang dijalankan secara tradisional.
Jika anda ada planning untuk jalankan kempen marketing dengan influencer, inilah 7 langkah mudah untuk rujukan anda.
Table of Content:
- Jalankan Research
- Tetapkan Matlamat yang Jelas
- User Generated Content (UGC)
- Pelbagaikan Konten
- Whitelisted Ads
- Pantau, Optimasi, dan Tambah Baik
- Bina Long-Term Partnerships
1. Jalankan Research
Langkah pertama, anda perlu selidik influencer yang berpotensi dengan teliti. Semak engagement rate mereka, demografi audiens, dan collaborations jenama mereka yang lalu untuk pastikan mereka adalah calon yang sesuai.
Pastikan anda menggunakan khidmat influencer yang mempunyai brand value dan target audience yang sama dengan sasaran market anda.
Ingat, influencer yang mempunyai followers yang rendah tapi engagement rate yang tinggi adalah lebih baik berbanding influencer yang mempunyai followers yang ramai tapi enggagement yang rendah.
2. Tetapkan Matlamat yang Jelas
Apakah tujuan kempen iklan anda dijalankan? Lebih banyak traffic (tahap awareness) ke laman web atau conversion rate yang tinggi (tahap sales)? Tetapkan dan kongsikan matlamat kempen marketing anda dengan mereka terlebih dahulu sebelum anda pilih influencer anda.
3. User Generated Content (UGC)
Apa yang menarik dengan perkhidmatan influencer adalah apabila content mereka lebih peribadi dan terasa lebih real. Kebebasan dalam menghasilkan content adalah penting kepada influencer dalam menghubungkan antara unique style mereka dengan jenama anda.
Pastikan anda memanfaatkan keaslian konten mereka supaya konten tersebut berjaya menghasilkan iklan yang berkesan untuk jenama anda.
4. Pelbagaikan Konten
Jika objektif jualan semasa anda tidak tercapai dengan influencer, mohon influencer tersebut untuk ciptakan pelbagai jenis konten termasuk — Instagram Stories dan Reels, YouTube Video dan Shorts, Blog Post atau lain-lain.
5. Whitelisted Ads
Whitelisted Ads adalah situasi apabila sesuatu jenama diberi akses kepada akaun media sosial seorang influencer untuk mencipta dan menjalankan iklan secara langsung melalui profil influencer tersebut.
Manfaatkan konten yang dibuat oleh influencer dalam kempen iklan anda. Konten tersebut sering dilihat sebagai lebih tulen, memberikan pengalaman lebih authentic dan lebih dipercayai terhadap audiens berbanding konten iklan tradisional.
6. Pantau, Optimasi, dan Tambah Baik
Pantau prestasi kempen influencer anda. Pastikan anda sentiasa menyemak engagement rate, click rate dan conversion untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan konten yang perlu ditambah baik.
7. Bina Long-Term Partnerships
Cuba rancang pelaksanaan pelbagai kempen untuk jangka masa yang panjang. Membina hubungan jangka panjang dengan influencer boleh membawa kepada kerjasama yang lebih konsisten dan berkesan.
Kisah Kejayaan Sebenar
A) Daniel Wellington: Jenama jam tangan ini melonjak naik apabila mereka mula bekerjasama dengan influencer Instagram. Mereka memberikan jam tangan percuma dan unique discount codes kepada influencer untuk berkongsi dengan followers, sekali gus menaikkan lagi brand awareness dan sales.
B) Gymshark: Jenama pakaian sukan Gymshark mempamerkan produknya melalui influencer yang berlatar belakangkan bidang sukan. Dengan memberi tumpuan kepada influencer yang benar-benar menggunakan dan menyukai produk mereka, Gymshark telah membina market yang setia dan aktif.
C) HelloFresh: Syarikat kit makan ini bekerjasama dengan blogger makanan dan YouTuber untuk menunjukkan betapa mudah dan sedapnya hidangan mereka. Influencer berkaitan telah berkongsi pengalaman unboxing, proses memasak, dan hidangan kit makanan tersebut mereka, menjadikan produk mereka lebih menarik.
Influencer yang betul berkemampuan untuk membawa kempen iklan anda menjadi lebih berkesan. Konten dari mereka terasa lebih tulen dan peribadi yang tidak dapat dihasilkan dari konten yang dihasilkan secara tradisional.
Anda boleh meningkatkan usaha pemasaran anda dan melihat hasil yang hebat dengan dengan memilih influencer yang tepat, berkolaborasi dalam konten kreatif, dan memanfaatkan audiens mereka.