5 Teknik Psikologi Cipta “Headline” yang Padu
Tajuk Headline adalah kesan pertama iklan anda, yang boleh menjadi perbezaan antara seseorang yang mengabaikan atau terus klik.
Tapi, kenapa sesetengah tajuk menarik perhatian sementara yang lain tidak?
Jawapannya: Semua ini berkaitan dengan psikologi.
Mari kita lihat pencetus psikologi utama yang menyebabkan orang klik dan bagaimana anda boleh menghasilkan tajuk yang berkesan.
1. Rasa Ingin Tahu: Cetuskan Minat Mereka 🤔
Manusia sememangnya penuh dengan rasa ingin tahu.
Tajuk yang baik akan mencetuskan minat tanpa memberi terlalu banyak maklumat, menyebabkan orang ingin klik untuk tahu lebih lanjut.
▶️ Contoh: Tajuk seperti “Rahsia Untuk 4x ROAS Yang Ramai Tidak Tahu” atau “Apa Yang Kebanyakan Jenama Silap Tentang Iklan Meta.”
Dengan menyembunyikan beberapa butiran, anda mencipta keinginan atau curiosity dalam kalangan audiens untuk klik tajuk anda.
2. Urgensi: Cipta Rasa Segera ⏰
Orang bertindak balas terhadap urgensi kerana ia mencetuskan rasa takut terlepas peluang (Fear of Missing Out – FOMO).
▶️ Contoh: Frasa seperti “Jangan Terlepas,” “Peluang Terakhir,” atau “Tinggal Beberapa Tempat Sahaja” terbukti mendorong tindakan segera dari pembeli.
Gunakan perkataan yang berkaitan dengan masa dalam tajuk anda untuk menggalakkan keputusan pantas dari pembeli.
3. Relevan: Berbicara Terus Kepada Audiens Anda 🎯
Tajuk anda perlu bercakap tentang keperluan atau masalah khusus yang dialami oleh audiens sasaran anda.
▶️ Contoh: Jika audiens anda menghadapi masalah kadar penukaran yang rendah, tajuk seperti “5 Helah Tajuk Untuk Meningkatkan Conversion Rate Anda Segera” memberi tumpuan kepada masalah mereka.
Mengetahui cabaran audiens anda dan sampaikan dengan jelas kepada audiens menjadikan tajuk anda lebih menarik.
4. Spesifik: Jelas dan Terperinci 🔍
Tajuk yang terlalu umum mudah hilang dalam lautan maklumat. Jadikan tajuk anda lebih menonjol dengan masukkan nombor khusus, manfaat, atau hasil (aftereffect) produk anda.
▶️ Contoh: “Cara Menggandakan Jualan Dalam 30 Hari” atau “7 Tips Terbukti Untuk Meningkatkan CTR Anda.”
Langkah ini khususnya membina kredibiliti dan memberikan jangkaan yang jelas, membuatkan audiens rasakan klik itu berbaloi.
5. Berasaskan Manfaat: Jelaskan Apa Yang Mereka Akan Dapat 💡
Audiens anda ingin tahu apa yang mereka akan peroleh jika mereka klik tajuk anda.
Cuba ciptakan tajuk yang menumpukan kepada manfaat, bukannya ciri. Langkah ini menjadikan nilai tajuk anda lebih jelas untuk audiens.
▶️ Contoh: “Dapatkan Lebih Banyak Jualan Dengan Trik Tajuk Mudah Ini” memberitahu pembaca dengan tepat apa yang mereka akan dapat daripada kandungan tersebut.
Menghasilkan tajuk yang berkesan bukan hanya tentang perkataan yang bijak—tetapi ia juga tentang memahami psikologi di sebalik sebab mengapa mereka klik sesebuah tajuk.
Gunakan rasa ingin tahu, urgensi, relevan, spesifik, dan manfaat yang jelas untuk menarik perhatian dan mendorong tindakan. Dengan sistem ini, anda bukan sahaja akan menulis tajuk yang berjaya, tetapi juga meningkatkannya dengan menguntungkan.
Selain amalan di atas, anda perlu tekankan kepada bahagian copywriting juga. Jom ketahui lebih lanjut tentang 5 Formula Struktur Copywriting yang digunakan oleh kebanyakan copywriter terkenal di Malaysia.