5 Best Practices Tentukan Masa Tepat untuk Lancarkan Iklan
Masa adalah kunci yang menentukan prestasi kejayaan iklan anda.
Walaupun kandungan iklan yang hebat itu penting, tapi mengenal pasti waktu yang sesuai juga sama penting.
Masa yang tepat boleh mengurangkan kos dan memaksimumkan ROAS (Return of Ads Spending) anda.
Mari kita lihat amalan terbaik dalam melancarkan iklan pada tahun ini untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kempen iklan Meta anda. π
1. Elakkan Isnin dan Selasa π
Pada awal minggu, kadar engagement biasanya paling rendah.
Orang ramai kembali ke pejabat, menyemak e-mel dan menyesuaikan diri dengan rutin kerja.
Walaupun landing page views mungkin lebih tinggi, kadar conversion akan jadi lebih rendah atas sebab yang jelas.
ππ» Tip Pro: Gunakan waktu ini untuk uji kreatif atau audiens baharu pada awal minggu berbanding tumpukan pada conversion. Simpan bajet anda untuk pertengahan minggu dan hujung minggu apabila orang lebih cenderung membuat keputusan pembelian.
2. Penjadualan Bajet: Tingkatkan Bajet pada Waktu Puncak π°
Ciri terbaru Meta iaitu Budget Schedulling, membolehkan anda meningkatkan perbelanjaan iklan pada waktu tertentu.
Daripada membahagikan bajet anda secara sekata sepanjang hari, anda kini boleh memperuntukkan lebih banyak dana pada waktu puncak seperti pagi (9 AMβ12 PM) dan petang (5 PMβ8 PM).
Ini memastikan iklan anda dipaparkan ketika waktu audiens anda paling aktif, memaksimumkan peluang untuk klik dan conversion.
ππ» Tip Pro: Akses ciri ini di peringkat Adset. Gunakan ciri Breakdown untuk menentukan waktu terbaik untuk akaun anda.
3. Manfaatkan Hujung Minggu: Tarik Perhatian Sewaktu Leisure Browsing dan Pembelian ποΈ
Hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk mencapai audiens yang mempunyai lebih banyak masa lapang.
Hujung minggu menyaksikan peningkatan dalam Leisure Browsing terutamanya pada waktu petang berbanding hari bekerja yang penuh dengan gangguan kerja.
Mana-mana kempen iklan boleh memanfaatkan engagement rate yang lebih tinggi pada waktu rehat ini.
ππ» Fakta Ringkas: Iklan Meta Ad Toolkit sangat sesuai dijalankan pada hujung minggu π
4. Tarikh dan Cuti Penting: Manfaatkan Peluang Musim dalam Kalendar π
Musim jualan promosi utama seperti Hari Raya Fitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Black Friday atau Cyber Monday adalah lubuk emas bagi brand e-commerce.
Pelanggan anda berada dalam mood membeli-belah; Apa yang mereka perlukan hanyalah sedikit dorongan atau push daripada jenama anda.
5. Jangan Lancarkan Iklan Selepas 3 PM β°
Iklan memerlukan masa untuk dioptimumkan.
Lebih lewat anda melancarkannya, lagi terhad masa untuk iklan itu dioptimumkan.
Dan kemungkinan besar ia tidak mampu membelanjakan bajet harian untuk memberi anda keputusan yang memuaskan
ππ» Tip Pro: Jika anda melancarkan iklan selepas 3 pm, cuba schedule untuk pagi keesokan harinya.
Jadi, mudahkan amalan ini? Dengan melancarkan iklan pada masa yang tepat dan menggunakan strategi yang betul boleh memberikan impak yang besar terhadap prestasi kempen anda.
Pastikan anda elak waktu yang kurang sesuai, memanfaatkan ciri penjadualan bajet, dan menumpukan perhatian pada waktu puncak serta hujung minggu, untuk memaksimumkan hasil dan conversion iklan anda.
Anda juga perlukan 3 Teknik CTA Berkesan untuk tambah prestasi kempen digital anda. Jangan lupa untuk praktiskan 3 teknik ini dan mantapkan lagi conversion rate anda.