3 Teknik CTA Berkesan: Yang No 3 Paling Penting
Dalam dunia digital marketing, Call-to-Action (CTA) adalah elemen yang sangat penting. CTA bukan sekadar ajakan untuk bertindak, tetapi ia adalah pendorong utama untuk naikkan conversion rate.
Sama ada anda mahu pembaca sign up, membeli produk, atau sekadar klik pautan, CTA yang tepat boleh membuat perbezaan yang besar. Jom ikuti 3 Langkah untuk cipta CTA yang berkesan:
1. Tawarkan Manfaat
Audiens anda tidak akan tertarik untuk bertindak jika mereka tidak nampak apa manfaat yang akan mereka perolehi. Oleh itu, sebutkan dengan jelas faedah atau nilai yang mereka akan peroleh.
👉Caranya: Kenal pasti manfaat utama yang diperlukan oleh audiens anda dan tekankan dalam CTA anda.
Dengan menekankan manfaat produk, audiens akan lebih terdorong untuk membeli apabila mereka tahu apa yang akan perolehi.
2. Berikan Panduan Tindakan
Sila nyatakan dengan jelas apa tindakan yang perlu dilakukan oleh audiens. Pastikan ia ringkas dan mudah untuk mereka fahami.
👉Caranya: Gunakan kata kerja tindakan yang jelas seperti “Klik di sini”, “Daftar sekarang”, atau “Dapatkan diskaun”.
Dengan memberikan arahan yang jelas, ia memudahkan audiens untuk bertindak, tanpa perlu berfikir panjang.
3. Atasi Keraguan
Kebanyakan audiens mungkin ragu-ragu untuk bertindak kerana ada kebimbangan seperti kos tersembunyi, komitmen jangka panjang, atau hasil yang tidak pasti. Oleh itu, kta perlu tangani keraguan ini seawal mungkin dalam CTA.
👉Caranya: Fikirkan tentang halangan biasa yang mungkin timbul, dan atasinya dengan lebih awal dalam CTA anda. Contohnya, “Tanpa komitmen jangka panjang” atau “Percubaan 30 hari tanpa risiko”.
Contoh CTA yang Berkesan
Mari lihat contoh yang menggabungkan ketiga-tiga elemen ini:
“Klik di sini untuk pulihkan perut anda (tanpa sebarang pil)”
- Manfaat: Nyatakan dengan jelas kelebihan utama yang akan pembaca perolehi, seperti “pulihkan perut anda.”
- Panduan Tindakan: Gunakan bahasa yang mudah seperti “Klik di sini” untuk menunjukkan tindakan yang perlu diambil.
- Atasi Keraguan: Tangani kebimbangan awal seperti “tanpa sebarang pil” untuk meyakinkan pembaca yang mungkin ragu-ragu.
Mencipta CTA yang berkesan memerlukan perancangan dan pemahaman mendalam tentang keperluan audiens anda. Dengan memasukkan elemen-elemen ini, anda boleh menghasilkan CTA yang bukan sahaja menarik tetapi juga meningkatkan kadar penukaran.
Ada banyak lagi tips-tips struktur copywriting untuk hasilkan sebuah penulisan yang lebih winning. Jom fahami lebih lanjut tentang 5 formula copywriting yang lain seperti AIDA.