15 Faktor Iklan Video Kurang Berkesan
Pada zaman teknologi AI ini, terlalu banyak jenis iklan video yang ditawarkan dalam platform media sosial. Kini menjadi satu cabaran untuk para content creator diluar sana untuk hasilkan konten yang berjaya menarik perhatian audience.
Tahukah anda ada 15 faktor kenapa video anda tidak mendapat sambutan. Jom ketahui lebih lanjut 15 Faktor Iklan Video Anda Tidak Berkesan dan cara untuk atasinya.
#1. Hook Tidak Menarik
Jika video anda tidak menarik perhatian dalam 3 saat pertama, audience akan terus scroll kepada konten yang lain. Pastikan anda hasilkan video dengan intro yang menarik dan berjaya mencuri tumpuan mereka.
#2. Resolusi Video
Video yang kabur atau berkualiti rendah boleh menjadikan imej akaun anda kelihatan tidak profesional. Adalah lebih baik anda hasilkan video yang mempunyai resolusi tinggi untuk pastikan kandungan anda kelihatan jelas dan menarik.
#3. Kualiti Audio
Audio yang buruk boleh jadi menjengkelkan untuk audience. Pastikan audio video anda jelas dan menyenangkan untuk mengelakkan audience menekan butang mute terhadap video anda.
#4. Penggunaan Gambar dan Video Stock atau AI Berlebihan
Penggunaan gambar dan video dari Stock yang berlebihan boleh membuat kandungan anda terasa tidak authentic dan tidak kreatif. Cuba hasilkan visual yang unik dan spesifik yang boleh membuatkan imej akaun anda jadi lebih menonjol.
#5. Tidak Menggunakan Wajah Sebenar
Sambungan dari point #4. Wajah manusia yang sebenar berpotensi menghasilkan hubungan yang lebih kuat dengan audience berbanding entiti tanpa wajah. Dengan menunjukkan individu-individu di sebalik akaun anda boleh memupuk kepercayaan dan connection dengan audience anda.
#6. Visual Tidak Menarik Perhatian
Visual yang hambar atau terlalu kompleks boleh menyebabkan audience hilang minat. Gunakan gambar yang berwarna-warni dan dinamik untuk menarik dan mengekalkan perhatian mereka.
#7. Kekurangan atau Keterlaluan Branding
Branding yang berlebihan boleh terasa seperti hard sell. Tetapi, branding yang terlalu sedikit juga boleh menyebabkan audience tidak pasti tentang profile anda yang sebenar. Cuba cari keseimbangan untuk pastikan branding anda jelas tanpa membuatkan video anda menjadi terlalu kompleks.
#8. Tidak Manfaatkan Silent Viewing
Ramai audience menonton video tanpa bunyi, terutamanya di media sosial. Pastikan iklan video anda boleh juga difahami melalui visual dan caption sahaja tanpa audio.
#9. Kekurangan Daya Tarikan Emosi
Jika video iklan anda gagal membangkitkan sebarang emosi, ia mungkin tidak akan diingati. Cuba hasilkan video yang berkait dengan emosi audience bagi mewujudkan pengalaman yang lebih menarik dan mampu memberi impak terhadap audience.
#10. Terlalu Kompleks
Membebani audience dengan maklumat yang kompleks boleh membuatkan video anda menjadi terlalu sarat dan meleret. Pastikan mesej anda ringkas dan mudah difahami oleh semua jenis audience.
#11. Storytelling Tidak Berkesan
Video tanpa naratif yang jelas dan menarik akan cepat hilangkan minat audience. Rancang naratif yang jelas dan kreatif untuk pastikan audience engaged dari awal hingga akhir video iklan anda.
#12. Tidak Manfaatkan Mobile Viewing
Kebanyakan audience menonton konten di smartphone mereka. Jadi pastikan video anda adalah mobile-friendly. Ini termasuk dalam mempertimbangkan saiz skrin video dan loading times untuk konten anda.
#13. Irama dan Tempo Tidak Konsisten
Tempo yang tidak stabil boleh mengelirukan dan mengganggu rentak audience. Kekalkan aliran yang konsisten dan dinamik untuk mengekalkan perhatian audience sepanjang video.
#14. Tidak Timbulkan Rasa Ingin Tahu Audience
Kegagalan untuk membangkitkan rasa ingin tahu boleh menyebabkan audience berhenti menonton. Ajukan soalan atau kemukakan senario menarik pada intro video anda untuk pastikan mereka kekal menonton hingga akhir video untuk dapatkan jawapan.
#15. Penggunaan Thumbnail Tidak Berkesan
Thumbnail adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh audience. Jadi pastikan thumbnail anda cukup menarik dan berkesan. Thumbnail yang tidak menarik dan mengelirukan boleh menyebabkan engagement yang rendah dan anda mungkin terlepas peluang untuk dapatkan engagement dari potential audience yang lain.
Kesimpulannya, ada pelbagai sebab kenapa video-video anda kurang mendapat sambutan. Dengan 15 faktor ini, anda boleh hasilkan konten video yang lebih menarik selain dapat juga meningkatkan engagement rate terhadap posting anda.