Sokong Ads Copy anda dengan Social Proof
Sebagai seorang copywriter, kita perlu tahu bahawa headline, body dan CTA yang baik sahaja tidak cukup untuk meyakinkan audiens dalam ads copy kita. Di sinilah social proof memainkan peranan yang penting.
Dengan adanya bukti sosial (social proof), seperti review customer atau case study, Ads Copy anda akan menjadi lebih kukuh dan berkesan.
Cara Menyokong Ads Copy dengan Bukti Sosial:
- Kumpul Ulasan dan Review Pelanggan: Galakkan pelanggan untuk meninggalkan review mengenai produk atau perkhidmatan anda. Anda boleh memberikan dorongan seperti diskaun atau ada free gift untuk pengguna yang meninggalkan review.
- Manfaatkan Testimoni: Testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati sangat berharga. Pastikan testimoni ini dipaparkan dengan jelas di laman web anda, e-mel, SMS, WhatsApp atau media sosial.
- Pamerkan Case Study: Kajian kes yang terperinci, lengkap dengan data dan hasil yang spesifik, mampu menarik perhatian prospek. Ia memberikan bukti nyata tentang bagaimana perkhidmatan atau produk anda berjaya membantu pelanggan lain.
Kesimpulan
Menggabungkan penulisan ads copy yang menarik dengan bukti sosial yang kukuh akan meningkatkan kredibiliti anda. Hasilnya, kadar Conversion Rate (% CR) juga boleh melonjak. Sebagai copywriter, jangan hanya bergantung pada gaya bahasa – pastikan anda ada bukti untuk menyokong headline, body dan CTA anda.
Selain mempamerkan social proof, ada banyak lagi tips-tips struktur copywriting untuk hasilkan sebuah penulisan yang lebih winning.
Jom fahami lebih lanjut tentang 5 formula copywriting yang lain, klik di sini: Formula Copywriting Efektif untuk tarik dan pancing lebih ramai pembaca dalam iklan anda.