10 Metrik Pemasaran Digital, Kelebihan dan Cara Tambah Baik Setiap Metrik
Berikut dikongsikan 10 metrik penting digital marketing yang selalu digunakan, kepentingannya, dan cara tambah baik setiap metrik.
Table of Content:
- CTR (Click-Through Rate)
- Conversion Rate
- ROAS (Return on Ad Spend)
- CPL (Cost Per Lead)
- Churn Rate
- LTV (Lifetime Value)
- Open Rate (for emails)
- Engagement Rate
- Bounce Rate
- Net Promoter Score (NPS)
#1: CTR (Click-Through Rate)
Penerangan: Peratusan audiens yang klik iklan/konten anda setelah melihatnya.
Kepentingan: Mengukur respons semasa daripada audiens; CTR yang lebih tinggi sering menunjukkan konten atau iklan yang lebih berkesan.
Cara Tambah Baik: A/B Testing dengan pelbagai jenis CTA (Call To Action), gunakan visual yang menarik, dan perincikan targeting anda.
#2: Conversion Rate
Penerangan: Peratusan audiens yang mengambil tindakan, seperti membeli atau mendaftar.
Kepentingan: Menunjukkan keberkesanan CTA dan keseluruhan kempen anda.
Cara Tambah Baik: Kemaskan susun atur sales letter dalam Landing Page, pastikan mesej penyampaian yang jelas dan mudah untuk penggunaan prospek (user journey).
#3: ROAS (Return on Ad Spend)
Penerangan: Pendapatan atau pulangan yang dihasilkan untuk setiap kos yang dibelanjakan untuk setiap kempen pengiklanan.
Kepentingan: Menunjukkan keuntungan setiap kempen iklan anda.
Cara Tambah Baik: Fokus pada platform iklan yang mempunyai kadar pulangan yang tinggi dan perbaiki bahan kreatif iklan berdasarkan data prestasi.
#4: CPL (Cost Per Lead)
Penerangan: Kos purata yang ditanggung untuk mendapatkan satu lead.
Kepentingan: Membantu dalam pengiraan anggaran dan memahami kebolehan kempen dalam mendapatkan lead.
Cara Tambah Baik: Manfaatkan content marketing, optimumkan targeting iklan, dan sertai event online yang relevan dalam industri anda.
#5: Churn Rate
Penerangan: Peratusan pelanggan yang berhenti menggunakan produk/perkhidmatan anda dalam tempoh tertentu.
Kepentingan: Churn Rate yang tinggi boleh membantu dalam mengenal pasti masalah dengan produk/perkhidmatan atau sokongan pelanggan.
Cara Tambah Baik: Kumpul maklum balas, tingkatkan perkhidmatan pelanggan, dan kerap mengemas kini/meningkatkan ciri produk.
#6 LTV (Lifetime Value)
Penerangan: Anggaran keuntungan bersih yang dijangka daripada keseluruhan hubungan dengan pelanggan di masa depan.
Kepentingan: Membantu dalam membuat keputusan mengenai kos perolehan dan pengekalan pelanggan.
Cara Tambah Baik: Tingkatkan program kesetiaan pelanggan dan fokus pada upselling/cross-selling.
#7: Open Rate (untuk emel)
Penerangan: Peratusan penerima yang membuka emel anda.
Kepentingan: Mengukur keberkesanan tajuk emel anda dan relevansi konten kepada prospek.
Cara Tambah Baik: Buat tajuk emel yang menarik dan segmenkan senarai emel anda untuk kandungan yang lebih terperinci.
#8: Engagement Rate
Penerangan: Mengukur jumlah interaksi (like, share, comment) terhadap konten anda.
Kepentingan: Menunjukkan kualiti dan relevansi konten kepada audiens anda.
Cara Tambah Baik: Hasilkan dan publish konten yang lebih interaktif dan relevan dengan trend atau niche penonton.
#9: Bounce Rate
Penerangan: Peratusan audiens yang meninggalkan laman web setelah melihat hanya satu page dalam laman web anda.
Kepentingan: Bounce Rate yang tinggi menunjukkan kandungan yang tidak relevan atau pengalaman pengguna (user experience) yang tidak sesuai dalam page laman web anda.
Cara Tambah Baik: Optimumkan load times laman web, pastikan mesra untuk pengguna smart phone, dan tawarkan konten yang relevan.
#10: NPS (Net Promoter Score)
Penerangan: Mengukur kesetiaan pelanggan berdasarkan satu soalan: Sejauh mana anda mungkin akan mengesyorkan kami kepada rakan atau rakan sekerja?
Kepentingan: Skor yang tinggi sering berkorelasi dengan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Cara Tambah Baik: Bertindak atas maklum balas, galakkan penglibatan komuniti, dan sentiasa berikan nilai.
Inilah dia 10 Metrik Digital Marketing yang penting untuk setiap konten anda. Pastikan metrik ini digunakan untuk dapatkan prestasi cemerlang bagi iklan atau laman web anda.