3 Langkah Copywriting Untuk “Win” Hati Pembeli
Pelanggan membeli produk untuk memenuhi keinginan mereka atau menyelesaikan masalah tertentu.
Apabila mencari produk, audiens menggunakan model subconscious mind untuk menentukan sama ada mahu membeli atau tidak. Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menangkap elemen-elemen ketika audiens dalam mode subconscious mind.
Ada dua faktor yang mendorong audiens membeli produk anda.
- Perkara yang membuat pelanggan membeli produk anda, dan
- Perkara yang menghalang mereka daripada membeli.
Anda perlu menangani kedua-dua faktor ini dengan berkesan.
Kemudian, gunakan teknik pujukan untuk mempercepatkan proses membuat keputusan yang mendorong audiens untuk melengkapkan pembelian mereka.
Pecahan Formula Faktor Keputusan Pembelian:
1. Perkara Yang Membuat Mereka Membeli
Ini termasuk semua aspek positif yang menarik minat pelanggan. Ciri-ciri produk anda:
- Manfaat
- USP (Penawaran Jualan Unik)
- Pembeza produk dari pesaing
- Hasil atau keputusan yang diinginkan
2. Perkara Yang Menghalang Mereka Membeli
Ini adalah halangan atau bantahan yang menyebabkan keraguan:
- Objections (sebab mereka mungkin keberatan)
- Kebimbangan (harga, kualiti, perkhidmatan selepas jualan, dll.)
- Kekecewaan dengan laman web anda (masa memuat yang lambat, isu reka bentuk, maklumat yang tidak relevan)
3. Pujukan
Ini mempercepatkan proses membuat keputusan dengan mencetuskan alasan psikologi. Bukti Sosial (ulasan, testimoni):
- Urgensi (tawaran terhad)
- Terhad (amaran stok rendah)
- Kredibiliti (pengesahan pakar, sijil)
- Reward (menawarkan sesuatu yang bernilai, seperti barangan percuma atau diskaun)
- Komitmen & Konsistensi (tindakan kecil yang membawa kepada keputusan yang lebih besar)
Secara asasnya, apa yang anda cuba lakukan adalah meningkatkan faktor yang mendorong audiens membeli sambil mengurangkan faktor yang menghalang, dengan menggunakan pujukan untuk mendorong mereka membuat keputusan akhir.
Ada banyak lagi tips-tips struktur copywriting untuk hasilkan sebuah copywriting yang lebih winning. Jom fahami lebih lanjut tentang 5 Formula Copywriting Yang Mudah Untuk Anda Tiruvasi.