- Job Description:
- Kami sedang mencari seorang Executive Assistant yang berdedikasi dan profesional untuk menyertai pasukan kami dalam industri pemasaran digital. Jawatan ini memerlukan individu yang mampu memberikan sokongan komprehensif kepada pengurusan tertinggi syarikat, mengendalikan pelbagai tugas pentadbiran, dan memastikan operasi harian berjalan lancar.
- Responsibilities:
- Menyediakan sokongan pentadbiran kepada pengurusan tertinggi termasuk mengurus jadual, mesyuarat, dan temu janji.
- Mengendalikan surat-menyurat, emel, dan komunikasi lain bagi pihak pengurusan.
- Menyediakan dokumen, laporan, dan pembentangan untuk mesyuarat dan acara syarikat.
- Menyelaras dan mengurus perjalanan, tempahan, dan pengaturan logistik untuk pengurusan.
- Menyokong pengurusan projek dengan penyelarasan tugas dan pemantauan kemajuan.
- Menyediakan sokongan dalam penyediaan dan pengurusan bajet, serta memantau perbelanjaan.
- Membantu dalam penyediaan bahan komunikasi dan pemasaran digital.
- Menguruskan keperluan pejabat harian termasuk inventori dan peralatan.
- Menyediakan laporan prestasi bulanan dan mingguan kepada pengurusan.
- Requirement and Skills:
- Diploma atau Ijazah dalam bidang Business Administration, Pengurusan, atau bidang yang berkaitan.
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam peranan pentadbiran atau sokongan eksekutif.
- Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang cemerlang.
- Kemahiran komunikasi yang baik, baik secara lisan mahupun bertulis.
- Kemahiran dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office (termasuk Excel, PowerPoint dan Word) atau Google Workspace (termasuk Google Sheets, Google Slides dan Google Docs)
- Keupayaan untuk menangani maklumat sulit syarikat dengan penuh intergriti.
- Kebolehan bekerja dalam persekitaran yang pantas dan dinamik.
- Motivasi diri yang tinggi dan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan dan individu.
- Pengalaman dalam industri pemasaran digital adalah satu kelebihan.
- Maklumat Syarikat
- Nombor Pendaftaran Syarikat: Reka Digital Sdn Bhd (1426928-H)
- Industri Creative & Digital Marketing
- Lokasi: Kota Warisan, Sepang
- Dress Code: Casual
- Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
- Job Type: Fulltime
- Expected Salary: RM1,800 – RM3,000 / Monthly
- Benefits:
- Career Growth
- EPF & Socso
- Quarterly Sales Incentive
- Annual Loyalty Bonus