Ada beberapa perkara yang anda tidak patut lakukan semasa menghasilkan copywriting untuk NGO & kempen Fundraising. Berikut adalah empat perkara yang perlu dielakkan:

#1 JANGAN sasarkan semua orang

Ini adalah satu kesalahan copywriting yang terbesar, cuba sasarkan kepada semua orang. Untuk menghasilkan sebuah copywriting yang betul-betul berkesan, anda perlu lebih mengkaji terlebih dahulu jenis audience yang cuba disasarkan. Atur strategi penulisan yang berbeza bagi audience yang berbeza.

Nak tahu jenis audience yang ada untuk copywriting NGO? Boleh baca artikel ini

#2 JANGAN gunakan terlalu banyak perkataan yang tidak perlu

Sebagai seorang copywriter, anda WAJIB tahu bagaimana cara untuk edit, edit dan edit hasil penulisan yang dibuat sampai betul-betul puas hati. Buang perkataan, frasa, ayat atau perenggan yang tidak memberi impak kepada pembaca. 

Dalam konteks penulisan copywriting NGO & Fundraising, penting untuk anda menghasilkan ayat-ayat yang dapat melahirkan emosi dengan mesej yang jelas. 

Tips: Dah siap tulis copywriting? ‘Perap’ dulu untuk beberapa jam atau sehari sebelum baca atau semak balik supaya lebih mudah untuk anda perasan sebarang kekurangan yang terdapat pada copywriting yang dihasilkan. 

#3 JANGAN buat audience tertanya-tanya

Salah satu kesalahan terbesar copywriting NGO & Fundraising ialah membuatkan orang ramai tertanya-tanya setelah habis membaca. 

Pastikan anda memasukkan langkah atau tindakan seterusnya yang perlu diambil supaya pembaca boleh terus melakukan sesuatu untuk membantu. Elemen penting yang dimaksudkan di sini ialah CTA atau call to action. 

#4 JANGAN terus lancarkan kempen tanpa uji terlebih dahulu

Walaupun dalam proses penulisan anda telah menjalankan kajian yang mendalam tentang latar belakang audience, apa yang dapat menarik perhatian mereka dan sebagainya, mustahil untuk kita tahu tahap keberkesanan sesebuah kempen tersebut tanpa menjalankan ujian. 

Ujian yang dimaksudkan ialah split test atau A/B testing yang mana beberapa versi kempen diuji secara serentak untuk melihat hasil keberkesanannya sebelum kempen tersebut dilancarkan secara besar-besaran. 

Berdasarkan pengalaman kami, perubahan yang kecil pada copywriting walaupun hanya pada satu perkataan atau ayat sahaja dapat memberi impak yang berbeza! 

Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang dapat mempengaruhi hasil split test, untuk penerangan lebih lanjut, boleh baca artikel ini: 6 Elemen Ini Beri Kesan Besar Kepada Hasil Split Test Facebook.

Diharapkan artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca. 

Jangan lupa untuk follow dan like Facebook REKA Digital untuk menjadi orang terawal yang mendapat informasi terkini daripada kami. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *